Via Laman Tarbawi Datuk Dr Haron Din - 24 Jun 2013. PAS pernah - TopicsExpress



          

Via Laman Tarbawi Datuk Dr Haron Din - 24 Jun 2013. PAS pernah memasuki Pakatan Barisan Nasional dengan UMNO pasca tragedi 13 Mei 1969, dengannya terselamat UMNO daripada tumbang atas gelombang rakyat menolak UMNO – Perikatan ketika itu. Dengan penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional (menggantikan Perikatan) ketika itu, maka selamatlah UMNO, maka kuat semula UMNO dan tegak semula BN. Maka ia terselamat daripada tumbang dan ditumbangkan oleh rakyat. Selepas UMNO kuat semula dan merasakan PAS tidak diperlukan, maka UMNO memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN. Banyak pihak yang mengetahuinya, maka PAS ditendang daripada BN, kesannya PAS berpecah dan bercelaru serta banyak ahlinya meninggalkan PAS, ada yang menubuhkan Parti Islam yang perlu menandingi PAS, PAS hampir terkubur ketika itu angkara perbuatan UMNO, pengalaman itu amat pahit dan PAS berhempas pulas untuk bangun semula, dan sekarang sudah terbangun. Sejauh ingatan saya, UMNO tidak pernah menyatakan kekesalannya kerana memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN, malah UMNO tidak pernah meminta maaf kepada PAS hingga ke hari ini. Kalau itulah sikap Umno, maka bagaimana orang PAS mahu memikirkan untuk mendampingi UMNO semula seperti ada usaha membayang bayangkan isu itu, pengalaman amat pahit itu bagi PAS amat berguna. ~surat Murabbi kepada yang berkenaan~
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 10:07:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015