Video fatwa larangan menghina sahabat/isteri Nabi yg dikeluarkan - TopicsExpress



          

Video fatwa larangan menghina sahabat/isteri Nabi yg dikeluarkan oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Khamenei disambut baik oleh Ketua Universiti Al-Azhar . Pengetua Universiti Sains Islam Al-Azhar telah menyambut baik fatwa yang dikeluarkan oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Sayyed Ali Khamenei yang mengharamkan sebarang penghinaan terhadap sahabat2 dan isteri Nabi Muhammad saw. Sheikh Ahmad al-Tayyib menyifatkan bahawa fatwa yang dikeluarkan pemimpin itu sebagai berhemat dan tepat pada masanya, serta membantu menutup terus pintu fitna (yang menyebbkan persengketaan antara Muslim). Beliau menambah dengan berkata, "Saya menerima fatwa yang penuh berkah ini dengan rasa penghargaan," "Universiti Al-Azhar telah menyambut baik fatwa yang dikeluarkan oleh Ayatullah Khamenei. Ia mengharamkan penghinaan terhadap sahabat dan isteri Nabi s.a.w dan justeru itu mengukuhkan perpaduan" (sesama Muslim) Fatwa yg dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Iran dan pernyataan yg diberikan oleh Al-Azhar dalam memuji fatwa itu, bukan sahaja membawa Muslim lebih dekat ke arah perpaduan, tapi juga dalam masa yang sama ia menyukarkan usaha pihak tertentu untuk mewujudkan konflik dalaman antara Muslim. Media Barat tidak membuat liputan secara meluas mengenai fatwa ini, tetapi rakyat Mesir dan media Africa Utara telah menyambut baik langkah berani Pemimpin Tertinggi Iran itu. youtube/watch?v=ZMatyq4WMp4
Posted on: Sat, 29 Jun 2013 14:49:57 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015