Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi - TopicsExpress



          

Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak. Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran filem di panggung wayang. Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman. Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat jika terlalu lama bacaannya. Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis ditatap. Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat. Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip. Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran. Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa. Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X. ✔ Ramai yang MALU nak SHARE post dakwah tapi Xmalu nak share post2 lawak. (T_T)
Posted on: Wed, 18 Sep 2013 20:49:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015