aamc.usm.my PERSIDANGAN KE-10 AKADEMI PENGURUSAN ASIA - TopicsExpress



          

aamc.usm.my PERSIDANGAN KE-10 AKADEMI PENGURUSAN ASIA Universiti Sains Malaysia dan “The Asian Academy of Management” yang berpengkalan di Universiti Sains Malaysia akan bekerjasama dengan Bank Rakyat Malaysia bagi menganjurkan Persidangan ke-10 Akademi Pengurusan Asia di Bayview Beach Hotel, Batu Feringghi mulai 23 hingga 25 Ogos 2013 di atas tema, ”Fostering an Innovative Ecosphere for Business Sustainability”. Persidangan ini telah menerima 202 kertas kerja yang meliputi tajuk ekonomi, perakaunan, kewangan, sumber manusia, pemasaran, keusahawanan dan pengurusan teknologi yang menyentuh isu Asia daripada kira-kira 17 buah negara meliputi Jerman, Cina, Australia, Mexico, Iran, Indonesia, United Kingdom, Qatar dan lain-lain lagi. Perasmian persidangan akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Sabaruddin Cik, Pengerusi Bank Rakyat pada kira-kira jam 9.00 pagi, 23 Ogos 2013. Di antara tokoh korporat dan akademia yang akan hadir ialah Prof. Ferdinand Gul, Monash University, Dato’ Hafsah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp dan Yang Mulia Tan Sri Dato’ Tengku Mahaleel Tengku Arif, Mantan Pengarah Urusan Proton Berhad. Di upacara perasmian beberapa orang tokoh korporat akan dianugerahkan “Life-Membership AAM”. Kemuncak upacara perasmian ialah penganugerahan “Business-Person of the Year” kepada seorang tokoh korporat yang terlibat secara langsung dengan agenda transformasi melalui usaha dan strategi beliau merubah wajah industri peruncitan di negara ini. Tokoh ini juga telah berjaya menggembleng keringat dan membawa lonjakkan berganda kepada sebuah entiti peruncitan bertaraf kampungan hingga menjadi jenama ternama dan gah dalam arena peruncitan negara ini sejajar dengan gedung luar negara seperti Tesco, Jusco dan Giant. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh menghubungi Dr. Siti Rohaida Mohd Zainal di talian 04 – 653 5155 atau Cik Nurhidayah Shahbuddin di talian 04 – 653 5898. Penyertaan ditutup pada hari Rabu, 21 Ogos 2013.
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 02:34:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015