baca... ==== Prince Pyotr Alexeyevich Kropotkin (9 December 1842 - TopicsExpress



          

baca... ==== Prince Pyotr Alexeyevich Kropotkin (9 December 1842 – 8 February 1921) adalah seorang anarchist, ahli falsafah, ekonomis, saintis dan revolutionary. Kropotkin adalah pengasas Anarcho Communism yang menggunakan konsep sistem komunisme tanpa dipusatkan kerajaan. Masyarakat secara sosial, budaya dan industry sangat membangun apabila berjaya menghasilkan setiap produk dan perkhidmatan sendiri tanpa perlu bergantung pada import. Setiap ahli dalam masyarakat bekerjasama secara collective dan “mutual aid” ekonomi menghasilkan setiap permintaan dan perkhidmatan dalam pasaran, tanpa perlu bergantung pada nilai mata wang. Setiap ahli dalam masyarakat bergantung antara satu sama lain, memupuk sifat sukarela (volunteer) dan mewujudkan konsep kesamarataan serta persaudaraan (brotherhood). Peter Kropotkin di lahirkan di Moscow dan dibesarkan dalam keluarga bangsawan. Ketika bertugas sebagai tentera dan saintis, beliau banyak merantau ke luar negara antaranya Manchuria, Siberia, Switzerland, France dan negara Eropah lain. Kropotkin dibesarkan dalam pertembungan kelas masyarakat yang sangat menindas antara golongan aristokrat (bangsawan) dan proletariat(bawahan). Ketika itu, Maharaja Tzar Russia,kapitalis, tuan tanah dan orang kaya mempunyai kuasai monopoli ekonomi dan menggunakan kelas pekerja bawahan sebagai komodity serta hamba. Sejak itu Peter Kropotkin mula mengkaji teori ekonomi dan konsep ideology dari ramai ahli falsafah eropah. Kropotkin sangat tertarik dengan ideology Pierre-Joseph Proudhon (Pengasas Anarki). Pada tahun 1872 ketika masih bertugas sebagai saintis di Switzerland, beliau banyak menyedarkan masyarakat petani dan kaum buruh bahawa sistem feudal,monarchy dan aristocracy (bangsawan) adalah punca penindasan terhadap kaum proletariat (bawahan). Beliau menggerakkan massa rakyat yang tertindas supaya menuntut kembali hak mereka yang telah di rompak. Akibatnya, Kropotkin telah ditangkap pada tahun 1874 dan dipenjarakan kerana dituduh mewujudkan gerakan subversive menentang kerajaan. Sewaktu Revolusi Russia pada 1917, Kropotkin pulang ke Russia. Beliau menyokong revolusi menggulingkan Maharaja Tzar Russia tetapi menolak sistem pemerintahan authoritarian socialism. Kropotkin mati pada 8 February 1921 akibat radang paru paru. Sewaktu pengebumian beliau, ribuan rakyat hadir termasuk pengasas Soviet Union Vladimir Lenin. Peter Kropotkin diberi pengiktirafan sebagai ahli falsafah terkemuka dan antara Revolutionary yang berjaya menggulingkan maharaja Tzar. Beliau juga berjaya memberi kesedaran kelas pada kaum proletariat tentang penindasan aristocrat.
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 18:22:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015