doa itu senjata Muslim Ia peluang keemasan untuk manusia daripada - TopicsExpress



          

doa itu senjata Muslim Ia peluang keemasan untuk manusia daripada Allah untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Pencipta. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air di wajahnya.” (Riwayat Abu Daud) Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang lelaki yang tidak bangun Tahajud dan bangun ketika waktu sudah Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda : “lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk sembahyang, berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata, maksudnya : ” Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah : - Jauh daripada segala penyakit - Lahir kesan takwa pada wajahnya - Percakapannya mengandungi hikmat - Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati) Kurniaan di akhirat pula ialah : - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri - Dipermudahkan hisab - Cepat melalui titian As-Siraat > seperti kilat - Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan Walaupun manusia sedar akan ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun, sedikit sekali manusia yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama. sujud seorang hamba Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah di saat orang lain sedang nyenyak tidur diulit pelbagai mimpi. Selepas itu, hiaskan Tahajud kita dengan solat sunat Taubat dan Hajat. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersolat dan beramal ibadah di tengah malam. Sama-sama kita bermunajat pada Ilahi. :) About these ads Share this: Facebook46 Email Print Twitter Like this: Posted on September 5, 2010 by wana93 • This entry was posted in TAZKIRAH and tagged tahajud. Bookmark the permalink. Post navigation ← PERKONGSIAN ILMU SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI → 4 thoughts on “KUASA TAHAJUD” penyapus September 17, 2010 at 5:58 am mudah2han ..kita di beri kekuatan..untuk melaksanakan nya Reply ayiphhidayath November 30, 2010 at 8:37 am amin, yang nulis juga ya ! Reply wana93 December 1, 2010 at 6:55 pm insyaAllah.. sy akan istiqamah.. :) Reply Nadia Mujahidah May 1, 2011 at 9:20 am Sangat bermakna. Reply Leave a Reply Create your own banner at mybannermaker! Author Noor Syazana | Categories CERPEN HATIKU CINTA DIARI HIDUPKU JOM BERMUHASABAH LETS ENGLISH!! PEDULI ISLAM PUISI JIWAKU SURAH-SURAH RINDU TARBIAH KARTUN TAZKIRAH UNTUK PELAJAR Search RENUNGAN BERSAMA Buat Remaja : "Sekali kita melangkah ke alam percintaan, sepuluh kali kita mundur dalam pelajaran dan
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 03:55:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015