ejak dari dulu lagi perang dan konflik berlaku atas sebab2 - TopicsExpress



          

ejak dari dulu lagi perang dan konflik berlaku atas sebab2 ekonomi. Cuba kita fikir, mengapa semua ini berlaku semasa Eropah dan Amerika mengalami kelembapan ekonomi akibat krisis kewangan global pada tahun 2007-2009? Semua ini bukan kebetulan atau tiba-tiba. Perang Dunia Kedua juga berlaku sewaktu dunia mengalami kemelesetan ekonomi global yang dinamakan The Great Depression pada era 1930-an. Kegawatan ini hanya berakhir selepas perang dunia kedua tercetus. Peperangan adalah jalan terakhir yang digunakan kuasa Anglo-Amerika untuk merangsang semula ekonomi mereka. Bila peperangan hendak dicetuskan, masyarakat perlu dilaga-lagakan. kristian vs islam, sunni vs syiah, katolik vs. protestan, parti kanan vs parti kiri, dsbg. Ini taktik lama penjajah British; Divide and Conquer. Basyar hanyalah alasan dan scapegoat utk menjustifikasikan serangan dan penaklukan terhadap Syria. Tapi ini bukanlah bermakna dia tidak zalim. Kes ini samalah juga seperti di Iraq. Saddam Hussin pun zalim dan diktator. Namun dia hanya dijadikan alasan sahaja utk menakluk iraq. Maka Saddam dituduh membuat senjata pemusnah besar-besaran. Untuk mengelakkan rakyat iraq bersatu-padu melawan Amerika, maka syiah dan sunni juga dilaga-lagakan di Iraq.. Perancangan untuk menyerang afghanistan, iraq, libya, syria dan iran telah lama dibuat. Pada tahun 2007 (beberapa tahun sebelum Arab Spring lagi), bekas komander NATO di Eropah, Jeneral Wesley Clark mendedahkan bahawa Amerika telah merancang utk menakluk 7 negara dalam masa 5 tahun sejak tragedi 11 September lagi. Negara-negara tersebut ialah Iraq, Syria, Lubnan, Libya, Somalia, Sudan, dan akhir sekali Iran. Afghanistan, iraq, dan libya negara telah selesai diserang Amerika dan NATO. Saya tidak hairan mengapa Iran menolong Syria. Apabila Syria diserang oleh NATO dan Amerika, maka Iran pula akan menjadi sasaran seterusnya. Isu Syria lebih besar dari masalah Basyar atau sunni-syiah. Kepentingan politik dan ekonomi kuasa-kuasa imperialis dunia terletak di sana. Sunni dan Syiah dilaga-dilagakan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Semakin buruk keadaan, semakin besar peluang NATO dan Amerika untuk campur tangan atas alasan ‘mengembalikan demokrasi’ dan ‘hak asasi manusia’. Saya harap kita semua boleh melihat isu Syria dari pelbagai sisi. Bukan semata-mata masalah sunni-syiah. Di iraq juga sunni dan syiah dilaga-lagakan supaya Amerika boleh kekal berkuasa. Jangan sekali-kali kita lupa dengan sejarah dan tindak-tanduk Amerika. Video ucapan Jeneral Wesley Clark: https://youtube/watch?v=9LTdx1nPu3k versi lebih panjang: https://youtube/watch?v=XbR8piJAgOY
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 17:57:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015