id , Ego dan Super Ego “Abang, sudahlah. Kasihanilah saya dan - TopicsExpress



          

id , Ego dan Super Ego “Abang, sudahlah. Kasihanilah saya dan anak-anak. Abang tak pernah mengaku salah walau terang-terangan abang yang salah. Abang lebih percayakan kata-kata orang lain lebih dari kata-kata isteri sendiri. Abang ego, panas baran, suka lepaskan marah pada saya dan anak-anak. Demi kebaikan keluarga kita, abang berubahlah sebelum terlambat.” Mungkin ini antara dialog dalam dunia realiti atau sebahagian skrip drama tayangan tv di Malaysia. Luahan kata-kata dari seorang isteri yang umpama lighter yang sudah kehabisan gas. Kesabarannya sudah di puncak maksima. Orang lelaki selalu dilabel ego, tidak mahu mengaku kelemahan diri dan tidak mengaku salah walau jelas salah itu dilakukannya. Itulah ego menurut fahaman kita. Admin tidak ada ilmu dan tidak menemukan usul dari mana ego itu didefinisikan sedemikian. Namun kalimah ego wujud dalam ilmu Psikologi bersama 2 lagi saudaranya yang saling berkaitan namun ia tidak seerti makna ego dalam contoh sebelum ini. Ego wujud bersama.... ( menurut turutan ) . id, Ego dan Super Ego. Id ialah keinginan ( desire ). Ego ialah bagaimana untuk realisasi keinginan ( how to realise the desire ). Super Ego ialah penilaian ( justification ). Admin ingin beri contoh analogi mudah untuk faham rantaian di atas : Id (desire) : Rasa lapar Ego(how to realise the desire) : Tiada duit, kena mencuri untuk mendapatkan makanan Super Ego (justification) : Bagi orang yang ada sikit iman dalam dada, ia akan terfikir bahawa mencuri itu haram, apatah lagi makanan itu sudah ada di tangannya dan sedia untuk disuap. Bagi yang tiada iman, makanan itu akan disuap tanpa ada rasa bersalah. Itulah Ego dalam ilmu Psikologi. Kita tertanya-tanya sumber penggunaan kalimah ini di luar ilmu Psikologi. Adakah ini salah satu lagi perkataan yang kita salah gunakan pada tempat yang tak sepatutnya. Yang pasti ego bukan Bahasa Arab apatah lagi bukan Bahasa Melayu. Di luar sana ribuan lagi agaknya perkataan-perkataan yang diguna bukan pada tempatnya, artikel ini hanya 1 contoh dari contoh yang pelbagai yang mungkin ada. *Ibni hajar USM Penang Malaysia Mac mw Juma-dil Awwal 1435
Posted on: Fri, 07 Mar 2014 03:50:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015