pErGimu tIaDa PegaNti..... setelah Kewafatan baginda Rasulullah - TopicsExpress



          

pErGimu tIaDa PegaNti..... setelah Kewafatan baginda Rasulullah SAW,hal ini memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal.. Betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah SAW tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! ☆ Sehinggakan Bilal tidak mampu melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad SAW itu, hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi SAW, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!! ☆ Orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak. Kata Saidina Umar : “Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah SAW? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya”, lalu jawab Bilal : “Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka. Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah SAW membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian baginda melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah SAW juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba"...hamba bagaimanakah aku??!
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 21:57:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015