pengalaman memang benar-benar mendewasakan kita kita belajar erti - TopicsExpress



          

pengalaman memang benar-benar mendewasakan kita kita belajar erti kehidupan yang sebenar kita mengenali ramai orang dengan bermacam-macam perangai ada yang kita mulai perkenalaan dengan senyuman tapi akhirnya kita terpaksa melepaskan nya dengan deraian air mata.. Ada yang kita mulai dengan muka yang masam tapi sehingga ke saat ini akhirnya menjadi insan menumbuhkan bahagia dalam hati kita Ada yang kita tak sedar pun kehadirannya tapi dia sebenarnya mengambil tahu tentang diri kita Kita pula mungkin juga sedang mengagumi seseorang tetapi pada dia nama kita ini seakan tiada tercatat pun di dalam episod kehidupannya Begitulah kehidupan. Insan datang dan pergi mengajarkan kita banyak perkara Dia yang melukai kita bukanlah datang untuk menjatuhkan kita sebenarnya, tetapi mengajarkan kita sisi pandang kehidupan yang lebih bermakna erti sabar, erti ikhlas dan memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan.. Dia yang memberikan harapan, tetapi diakhirnya memusnahkan harapan yang sangat-sangat kita impikan Bukan dia itu sebenarnya yang kejam tetapi begitulah cara tuhan mendidik kita bahawa yang ada pada kita ini hanyalah selayaknya seorang hamba Pada aturan tuhan itu tak sepatutnya kita persoalkan Tuhan mengajarkan kita, bahawa hanya Dialah yang berhak mengaturkan segala-galanya.. Bukan kita.. Bukan! segala harapan kita seharusnya disandarkan padaNya dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara..
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 17:38:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015