persoalan yang tiada jawapan setakat ini 1. Dalam PPPM - TopicsExpress



          

persoalan yang tiada jawapan setakat ini 1. Dalam PPPM (2013-2025) ada mengatakan bahawa hanya 30% sahaja graduan cemerlang dalam pendidikan yang akan ditempatkan. Jika ini berlaku, bagaimana nasib 70% graduan pendidikan yang lain? Agak sukar untuk mencari pekerjaan lain dengan ijazah PENDIDIKAN buat masa ini melainkan kementerian ada iniasitif yang lain. Tak kanlah semua mahu jadi wartawan seperti yang telah disarankan sebelum ini oleh Ketua Pengarah Pelajaran. Huhu 2. Boleh terangkan dengan lebih lanjut yang dimaksudkan dengan 30% pelajar yang cemerlang ini? Adakah ada pointer2 tertentu atau bagaimana? Majoriti pelajar di UPSI mempunyai keputusan yang baik dan sedikit sangat yang bermasalah dengan keputusan akhir mereka. 3. Sebelum masuk ke universiti pendidikan, kami menjalani banyak saringan atau tapisan. Kami bermula dengan ujian Medsi, selepas itu kami dipanggil temuduga dan selepas lulus temuduga, barulah kami diterima masuk ke UPSI. Tak cukup dengan itu, selepas tamat pengajian, kami perlu lagi temuduga untuk masuk ke jawatan tetap. Adakah semua ini tidak lagi melayakkan kami untuk memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41? Sedangkan kami sendiri masuk mengikut unjuran KPM. (difahamkan ada perbezaan unjuran antara KPM dan KPT). 4. Kami tidak cemburu kepada DPLI/GSTT kerana kami tahu itu rezeki mereka. Kami cuma mahukan sedikit penjelasan.. Situasi kami dan mereka berbeza sama sekali. Kami masuk universiti pendidikan selama 4 tahun memang betul2 mahu menjadi guru tetapi ada antara mereka (tidak semua) yang menjadikan profesion ini sebagai jalan akhir setelah tidak mendapat tempat yang baik dalam sektor pekerjaan dengan menggunakan ijazah yang mereka anda sebelum ini. Kami tidak minta kami diutamakan tetapi sekurang2nya bagilah ruang pada kami dan DPLI/GSTT yang bergraduasi pada waktu yang sama, sama2 mendapat penempatan. Agak terkilan juga jika kami perlu tunggu sekurang2nya setahun sedangkan mereka tidak sampai beberapa bulan selepas bergraduasi. SMU - Sekali lagi mohon maaf kepada semua graduan DPLI/GSTT. Tidak semua begitu, ramai juga yang betul2 komited untuk menjadi guru setelah tidak berpeluang sebelum ini. Peluang yang datang kali kedua tidak disia2kan. Tetapi jika anda berada di pihak kami, mungkin anda memahami apa yang menjadi kerisauan di hati kami ini selama ini.
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 15:20:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015