salam semua, sy nak share sikit la kat sini. selalu dapat email - TopicsExpress



          

salam semua, sy nak share sikit la kat sini. selalu dapat email cam ni dr ntah sapa2 yg bukan warganegara.. kali ni cam ni pula. ada siapa pernah dapat x? Salam, Saya Norazah Binti Abu Bakar dan sekarang bekerja di London sebagai Pegawai Pemasaran (Marketing Officer) di sebuah syarikat pemprosesan batu permata di London.Untuk pengetahuan anda terdapat peluang perniagaan yang hendak saya perkenalkan dan keuntungannya akan diperolehi daripada kerjasama dan bantuan segera yang saya perlukan daripada anda. Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu lepaskan peluang yang ada di dalam syarikat kami buat masa ini dan juga pada masa hadapan. Saya perlukan anda sebagai pembekal (supplier/agent) kepada syarikat kami supaya kita boleh sama-sama merebut peluang perniagaan yang terbuka sekarang ini. Syarikat kami memerlukan produk bernama (DANBURITE LIQUID). Produk Danburite Liquid ini merupakan bahan cecair kimia saintifik yang baru dan merupakan pelincir yang digunakan di dalam makmal permata (gemological laboratory) untuk rawatan penulenan berlian (purification of diamonds clarity treatment). Pelincir yang digunakan semasa rawatan tersebut akan menembusi jauh ke dalam berlian dan semua kotoran hitam kecil di dalam berlian dan batu permata akan meruap keluar. Pembekal utama produk ini berada di Malaysia tetapi pembekal produk terus kepada syarikat kami telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia di UK, beliau merupakan Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan semenjak kemalangan tersebut, monopoli perniagaan telah terputus. bla blaaaaa panjang lagi email ni
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 07:03:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015