siapa yg tak baca lagi episod 17, boleh baca kat sini “Ryan, - TopicsExpress



          

siapa yg tak baca lagi episod 17, boleh baca kat sini “Ryan, jangan abaikan tanggungjawab kepada syarikat. Ingat syarikat kita ni ada ramai pekerja yang bergantung harapan untuk mencari sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri lah,” tegur papa di talian pagi ini. Banyak mesyuarat-mesyuarat penting yang Rayyan dan Aleeya batalkan semata-mata nak balik kampung. Dan ini membuatkan perjalanan syarikat tidak teratur. Alvin masih baru. Begitu juga dengan Husna. Dan pelanggan lebih mempercayai Rayyan dan Aleeya dari si Alvin, budak mentah itu. “Pihak bank sudah banyak kali call cari isteri kamu, ada beberapa hal mustahak yang perlu Aleeya uruskan. Daeng Borhan kat Sabah pun dah banyak kali call syarikat cari kamu berdua. Nak bagi syarikat lingkup ke, Ryan?” marah papa lagi membuatkan Rayyan hilang arah. Hmm, ikut isteri, macam ini lah pulak jadinya. Tak ikut isteri merajuk. Ikut syarikat pula tidak ada yang hendak menjaganya. “Papa...,” “Papa dah amanah kat kepada kamu Ryan. Dan papa lebih percayakan kamu dari adik-adik kamu. Jangan buat kerja sambil lewa saja, faham!” tegas papa sebelum sempat Rayyan berkata-kata. Hmm, papa suruh balik sekarang juga. Dan Rina sudah pun menempah tiket balik untuk dia dan Aleeya. Malah esok, perlu ke Sabah segera, bukannya minggu depan. Idea projek ada di dalam kepala otak Aleeya, wajib bawa Aleeya bersama-samanya. Tetapi dengan Aleeya perlu cakap elok-elok, takut berangin dan melenting pula. Sudah lah isterinya itu ada sedikit masalah keluarga.
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 00:08:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015