tanaman fertigasi PENGENALAN KEPADA TANAMAN FERTIGASI MAKSUD - TopicsExpress



          

tanaman fertigasi PENGENALAN KEPADA TANAMAN FERTIGASI MAKSUD FERTIGASI Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah.Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan. Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi ialah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro. TANAMAN YANG SESUAI UNTUK FERTIGASI Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. KELEBIHAN FERTIGASI Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian. Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. TUJUAN FERTIGASI Tujuan utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua berasal daripada tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada cili. Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan. Pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 03:34:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015