#ukmconfessions - 1672 "Salam Akhir ramadan, Aku ingin meluahkan - TopicsExpress



          

#ukmconfessions - 1672 "Salam Akhir ramadan, Aku ingin meluahkan rasa kecewa aku terhadap muslim-muslim di Malaysia dan UKM. Daripada dulu hingga la sekarang aku tengok bila ada isu yang menyentuh sentiviti umat Islam, penghinaan kepada Islam, Rasul dan Allah, reaksi umat Islam sangat-sangat tidak berakhlak. Tapi aku tak salahkan orang Islam Malaysia. Memang tidak dinafikan aku telah dibesarkan dengan mentaliti bila orang hina Islam, kita lawan, kita bunuh atas nama cintakan agama. Tapi bila aku membesar dan aku baca sirah Nabi Muhammad SAW, setakat ilmu aku yang sikit ni la, aku tak pernah pun terbaca yang Rasulullah mencaci atau membunuh orang yang mengutuk baginda. Kisah di Taif, baginda dibaling batu, dihina dicerca sepanjang jalan dan kemudiaannya diberi peluang untuk menghancurkan penduduk taif. Apa Rasulullah buat? Rasulullah maafkan mereka. Kisah baginda dibaling dengan najis oleh penduduk makkah, dihina, dicerca dan apabila pembukaan Makkah berlaku, apa Rasulullah buat? Rasulullah maafkan mereka. Kisah Rasulullah bagi makan pengemis tanpa pengemis itu tahu identiti Rasulullah dan pengemis itu megutuk Rasulullah . Apa baginda buat? Baginda terus bagi makan kepada pengemis itu setiap hari. Dalam Quran pun disebut apabila Rasulullah mengajarkan Islam, orang jahiliah mengejek-ejek baginda dan mempersendakan hidupan di akhirat. Quran mengatakan Rasulullah hanya penyampai, bukanlah penghukum untuk menghukum orang jahiliah. Tapi kenapa bila sampai zaman kita ni, orang kutuk sikit, kita balas 20 -30 kali ganda lagi teruk. Ada ke Rasulullah ajar buat macam tu? Orang Islam hanya dihalalkan berperang apabila nyawa mereka diancam seperti yang berlaku di Syria dan Palestin. Terancamkah nyawa korang sampai nak melancarkan perang cyber? Konon kita marah sebab kita sayangkan Islam dan Rasul, tapi pernahkah kita terfikir yang bila marah sampai mengutuk, secara tak langsung kita dah merosakkan imej Rasulullah dan Islam? Ya, media barat melabel kita sebagai terorist, tapi kita pula cuba membuktikan yang mereka betul. Akhir kata, banyak kisah-kisah dari zaman rasulullah sampai la sekarang dimana orang mendapat hidayah melalui akhlak yang Rasulullah ajar. Tapi aku tak nampak akhlak tu pada majoriti rakyat Malaysia. Rasulullah ajar bila orang buat jahat kat kita, kita balas dengan kebaikan. Itulah cara Islam. Orang yang paling kuat adalah orang mampu mengawal perasaan marahnya. "
Posted on: Tue, 06 Aug 2013 09:19:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015