utk info kawan2 yg ingin kurus n fit mcm model2...tanpa ubat2.. - TopicsExpress



          

utk info kawan2 yg ingin kurus n fit mcm model2...tanpa ubat2.. lets burn ur muscle!!!!! Untuk membakar lemak dengan pantas, ia bukan suatu yang mustahil Namun ia memerlukan strategi dan atur cara yang betul mesti dilaksanakan. Dalam Ebook Bakar Lemak Pantas (goo.gl/1wxQr), admin telah dedahkan 4 elemen yang anda harus masukkan dalam strategi anda untuk menjadikan diri anda mesin pembakar lemak yang hebat. Salah satu daripada 4 elemen tersebut adalah SENAMAN. Yes! semua orang tahu senaman dapat membakar kalori tapi senaman yang bagaimanakah yang dapat membakar lemak dengan berkesan? Tahukah anda, lelaki yang membuat senaman berjogging 3 kali seminggu selama satu jam masih memiliki fat% yang lebih tinggi berbanding lelaki yang workout + larian pecut 4 minit! Dalam teknik membakar lemak, ada banyak cara. Cara mudah dan cara yang sukar. Dan cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa adalah kombinasi Workout + Larian pecut. Kenapa mesti workout? Workout adalah senaman bebanan. Menggunakan beban dengan melakukan beberapa gerakkan bertujuan meransang otot. Peransangan tersebut melibatkan kekuatan dan pembesaran otot. Mengelakkan senaman workout adalah satu KESILAPAN jika anda serius untuk membakar lemak dengan pantas. Selain dapat membakar lemak, workout juga dapat meningkatkan metabolisma diri anda. Tip untuk membakar lemak dengan senaman workout adalah melakukan teknik compound. Iaitu meransang 3 otot besar dalam satu latihan. Contohnya, squat + chin up + deadlift + bench press. Jika tidak tahu macam mana latihan yang admin nyatakan tadi, sila GOOGLE yep Selain itu, memilih beban yang berat dengan melakukan ULANGAN yang sedikit adalah lebih bagus untuk membina otot berbanding beban yang ringan tapi BANYAK ulangan. MORE MUSCLE = MORE FAT BURN Kenapa mesti LARIAN PECUT (SPRINT) Cuba anda lihat susuk tubuh Yohan blake ataupun Watson Nyambek? Atau mana-mana atlet yang melakukan aktiviti larian pecut seperti Christiano Ronaldo, Rafael Nadal dan Azizul Hasni Awang? Apabila melakuakn aktiviti pecutan, ia sebenarnya meransang pembebasan hormon testosterone dalam kuantiti yang banyak. Dengan kehadiran ektra testosterone ini, ia akan menyebabkan pertumbuhan otot yang sangat agresif dan efektif. Bagi WANITA, anda jangan risau kerana fisiologi diri anda tidak membenarkan kehadiran testosterone yang tinggi walaupun melaksanakan aktiviti pecutan. Apa yang pasti larian pecut ini seolah-olah BOM yang bakar meletupkan lemak-lemak yang ada dalam diri anda. BOM ini dikenali sebagai after burn effect. Ia membakar lemak dalam diri sepanjang tempoh melebihi 24 jam selepas latihan. Jika anda melaksanakan kombinasi teknik ini, jangan pantau dari sudut penurunan berat badan. tapi pantaulah dari sudut fat%. Sebab nama pun teknik bakar lemak pantas. Bukan teknik turun berat badan pantas
Posted on: Sat, 16 Nov 2013 03:31:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015