-- ADAPT TO CHANGE -- Godrej & Boyce adalah sebuah syarikat - TopicsExpress



          

-- ADAPT TO CHANGE -- Godrej & Boyce adalah sebuah syarikat perkilangan di Mumbai yang beroperasi selama 60 tahun sebelum ditutup pada bulan April 2011. Syarikat ini mengeluarkan produk yang berkualiti dan tidak ada sebarang kecacatan yang dilaporkan sepanjang 10 tahun terakhir operasinya. Jumlah pengeluaran tahunan syarikat ini merosot dari paras tertinggi 200,000 unit sebelum tahun 1970-an kepada 50,000 unit pada 1990 dan hanya sekitar 800 unit pada tahun 2010. Penutupannya hanyalah semata-mata disebabkan kegagalan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa. Godrej and Boyce adalah syarikat terakhir yang mengeluarkan manual typewriter atau mesin taip mekanikal. Moral of the story: UMNO, kalau mahu kekal mendominasi persada politik tanahair, perlu terus menyesuaikan diri dengan tuntutan massa: mantapkan keyakinan dan kefahaman orang muda, peka dan cepat respon terhadap sesuatu isu, serta banteras rasuah dan salahguna kuasa.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 22:29:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015