20 KIM Akan Ditambah Di Seluruh Negara Kementerian Kesihatan - TopicsExpress



          

20 KIM Akan Ditambah Di Seluruh Negara Kementerian Kesihatan bercadang menambah 20 lagi Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, dapat dinikmati secara menyeluruh. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata cadangan itu selaras dengan hasrat kementerian bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui produk 1Malaysia. "Kita di kementerian akan pastikan sistem penyampaian dan perkhidmatan terbaik kerana kita telah diiktiraf antara yang terbaik di dunia. "Namun kita (kementerian) tidak boleh leka malah perlu tingkatkan usaha dalam hal penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Rumah Bakti Datuk Harun di sini hari ini. Pada majlis itu, Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor menyampaikan sumbangan wang tunai RM80,000, sejadah dan Al-Quran kepada 20 rumah anak yatim serta sekolah tahfiz di kedua-dua negeri. Dr Hilmi berkata kementerian akan berusaha menempatkan sekurang-kurangnya seorang doktor di setiap K1M kerana ketika ini, hanya 22 klinik berkenaan mempunyai doktor manakala yang lain dikendali oleh penolong pegawai perubatan. Sehingga kini, terdapat 230 KIM di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta rakyat dan hanya mengenakan bayaran RM1 bagi warganegara manakala RM15 bagi bukan warganegara. Petugas di K1M adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan yang menawarkan khidmat perubatan bagi kes ringan seperti sakit dan kecederaan biasa seperti demam, batuk, selesema serta luka kecil selain rawatan susulan bagi kencing manis dan darah tinggi.
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 16:13:52 +0000

Trending Topics



ss="sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Here is the lifetime challenge that starts with humility every
How even a little practice of spirituality is beneficial and does
Hi all neci here, I would like to inform you all that now that
t.co/d84L7YBiwT Freelance Translation Categories: 1- Larysa:
SBI CLERKS EXAM.2014-General English-Spotting Errors Please
payday loan fast for bad credit
With News coming out of the Diocese of Chester of the first woman

Recently Viewed Topics




© 2015