25 Pasukan Bakal Berentap Pada Formula UniMAP 2013 KANGAR, 10 - TopicsExpress



          

25 Pasukan Bakal Berentap Pada Formula UniMAP 2013 KANGAR, 10 Sept -- Sebanyak 25 buah jentera dari 16 pasukan akan berentap pada Formula UniMAP 2013 yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 September ini di Litar UniMAP, Kampus Pauh Putra, dekat sini. Pengarah program Formula UniMAP 2013, Dr. Shahriman Abu Bakar berkata, sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Juara Keseluruhan, Perlumbaan Akhir, Pembentangan Terbaik, Masa Kelayakan Terbaik, Rekabentuk dan Inovasi Terbaik serta Pecutan dan Berhenti Terbaik. “Semua kategori ini menawarkan hadiah yang lumayan berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM 12,000. “Kita berasa amat berbangga kerana Formula UniMAP menjadi perlumbaan pertama anjuran institut pengajian tinggi yang mendapat penyertaan dari peserta antarabangsa iaitu Karpagam University, India,”katanya ketika ditemui di sini. Formula UniMAP 2013 akan dirasmikan oleh Naib Canselornya sendiri, Briged. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Katanya lagi, Formula UniMAP merupakan perlumbaan pertama yang dianjurkan selepas mendapat pengiktirafan dari Automobile Association of Malaysia (AAM) pada penghujung Ogos lalu. “Setelah diiktiraf AAM, litar sepanjang 1.2 kilometer ini secara tidak langsung boleh digunakan untuk sebarang penganjuran perlumbaan peringkat antarabangsa dan kita akan menganjurkan lebih banyak perlumbaan di masa akan datang bagi menarik golongan remaja di Perlis khususnya untuk bergiat aktif dalam sukan permotoran,”katanya lagi. Litar UniMAP yang bernilai RM 1.8 juta ini dilengkapi dengan Paddock, Race Track Kerb, Tyre & Barrier, Control Tower dan Start Light Flyover.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 10:45:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015