28 Ahli UMNO Digantung Keahlian, 12 Diberi Amaran: KUALA LUMPUR, - TopicsExpress



          

28 Ahli UMNO Digantung Keahlian, 12 Diberi Amaran: KUALA LUMPUR, 18 Okt. – Lembaga Disiplin UMNO (LD) memutuskan 28 ahli UMNO didapati bersalah dan digantung hak mereka di dalam parti selaras di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO sementara 12 yang lain juga didapati bersalah tetapi telah diberi amaran. Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen memaklumkan bahawa kes terbabit adalah berkaitan dengan sabotaj parti yang telah dihadapkan kepada Tribunal LD. “LD telah menerima aduan berkenaan dengan pelanggaran Tataetika Ahli UMNO dalam Pemilihan UMNO 2013 dan aduan yang diterima merangkumi pelanggaran yang dibuat oleh calon-calon yang bertanding bagi jawatan di peringkat Majlis Tertinggi dan Bahagian termasuk dalam pemilihan sayap-sayap parti di peringkat Bahagian dan peringkat Pusat yang dijalankan pada 12 Oktober lepas,” katanya dalam satu kenyataan media. Ujarnya, LD menyiasat aduan ini dengan teliti berdasarkan merit kes dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana- mana ahli UMNO yang melanggar Tataetika Ahli UMNO. “LD juga akan meneruskan siasatan sekiranya menerima aduan dalam masa enam bulan selepas tamatnya proses pemilihan UMNO di peringkat Bahagian.” Jelas beliau, LD telah memanggil 51 orang ahli UMNO berkaitan kes sabotaj parti di hadapan panel Tribunal Lembaga Disiplin. “Enam orang ahli UMNO yang turut dipanggil telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan, manakala lima orang ahli UMNO telah disyorkan kepada Majlis Tertinggi untuk dipecat kerana kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan boleh menjejaskan nama baik dan reputasi parti. “Tindakan yang diambil oleh LD adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO dan Lembaga Disiplin yang menjalankan tugasnya ‘without fear or favor’.” Beliau turut menegaskan bahawa LD UMNO juga telah menerima banyak aduan berkenaan kes sabotaj parti di dalam PRU 13 yang lepas. - MediaUMNO dlvr.it/48rpKv
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 04:58:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015