6 restoran kotor diarah tutup 2013/06/28 Kuala Lumpur: Berpesta - TopicsExpress



          

6 restoran kotor diarah tutup 2013/06/28 Kuala Lumpur: Berpesta lipas! Inilah keadaan kebanyakan dapur di restoran milik warga Myanmar yang memonopoli Jalan Silang dan Jalan Lebuh Pudu di sini. Sebaik dibuka bekas yang menyimpan bahan kering, keluarga lipas berkeliaran keluar menyebabkan tekak loya ditambah dengan keadaan kotor di sekeliling dapur. Ini keadaan biasa dilihat oleh Pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setiap kali melakukan operasi pemeriksaan di restoran di sini yang kebanyakan dimiliki warga Myanmar. Bukan saja restoran, warga Myanmar turut memonopoli perniagaan di sini sehingga setiap ceruk bangunan diubah suai seakan-akan pasar raya kecil yang menempatkan restoran, salun, pengurup wang dan pusat pelancongan. Cantik di luar Restoran bertaraf biasa sehingga yang didakwa pemilik bertaraf tinggi nampak cantik di luar tetapi sebaik melangkah ke tangga, sudah boleh terhidu bau busuk. Pemilik sebuah restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 34, terpaksa gigit jari apabila restorannya diarah tutup kerana banyak lipas dan kotor, bermula esok. Pemilik restoran lain secara terang-terangan cuba menyogok Pegawai Kesihatan yang mengarahkan restoran itu ditutup kerana kotor tetapi permintaannya tidak dilayan. Selain restorannya, enam lagi restoran di sekitar jalan terbabit dengan dua daripadanya restoran warga tempatan diarah tutup kerana kotor bermula esok sehingga ke suatu tarikh apabila semua kehendak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL dipatuhi. Tindakan itu dikenakan mengikut UUK 21B, Undang-Undang Kecil Pelesenan Establishmen Makanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1985 pada Operasi Penutupan Premis Makanan Kotor oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, semalam. Operasi diketuai Pengarahnya, Dr Hayati Abdullah. Sebuah restoran didenda Katanya, sebuah restoran saja dikompaun antara RM300 hingga RM500 ditentukan pegawai undang-undang DBKL mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Sejak Januari hingga kelmarin, 68 premis di sekitar Lembah Klang diarahkan tutup manakala sehingga Mei lalu, 509 premis dikenakan kompaun kerana kotor.BH
Posted on: Thu, 27 Jun 2013 23:22:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015