ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI BIODATA : TARIKH LAHIR: 13 November - TopicsExpress



          

ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI BIODATA : TARIKH LAHIR: 13 November 1953, di Setapak ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim BAPA: Dahari Abeng EMAK: Maimon Sadikin ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina KELAB: Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971 PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972 MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972 TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985 KAPS: 167 GOL PIALA MALAYSIA: 177 GOL ANTARABANGSA: 125 JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978 PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976 FAKTA: KRONOLOGI MOKHTAR 1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu. 1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok. - Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka. 1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol. 1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran. 1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu. 1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka. 1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976. 1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol. 1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B. Perlawanan berkesudahan seri 1-1. 1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa. 1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua. 1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona. 1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir. 1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat nombor 10 kepada Raja Muda Selangor. 1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi. 1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil. 1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan. 1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk. 1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi. #ini kisah perjalanan seorang LAGENDA bola sepak
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 10:07:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015