ALOR SETAR - Kedah yang akan bertandang ke Stadium Jalan Besar, - TopicsExpress



          

ALOR SETAR - Kedah yang akan bertandang ke Stadium Jalan Besar, Singapura esok untuk menentang Lions XII bagi saingan kumpulan D Piala Malaysia 2013, tidak mahu pulang tangan kosong. Ketua jurulatihnya, Datuk Ahmad Shafie berkata, skuad Hijau Kuning mahu mengutip sekurang-kurangnya satu mata sebagai pembakar semangat bagi mengharungi saingan sengit kumpulan D. Katanya, biarpun kelebihan dilihat berpihak kepada pasukan lawan, namun tidak mustahil pasukan itu mampu meraih kemenangan ke atas Juara Liga Super itu. "Singapura dan Kedah mempunyai rekod baik beraksi di atas padang tiruan Jalan Besar. "Musim lalu Kedah berjaya mengikat lawan 3-3 dan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman," katanya semalam. Dua lagi pasukan yang turut mengisi slot kumpulan D ialah Juara Liga Perdana, Sarawak dan pasukan bimbingan bekas Ketua Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah, Perak. Menurut Ahmad, pasukannya turut menjalani latihan di padang rumput tiruan yang baru dibina di Alor Setar sebagai persediaan kepada pemain untuk beraksi menentang skuad bimbingan V. Sundra Morthy itu. "Para pemain dilihat mampu membiasakan diri di padang itu dan berharap ia membuahkan hasil apabila beraksi di Stadium Jalan Besar," katanya. Tambahnya, beliau juga percaya para pemain mampu menterjemahkan sesuatu yang membanggakan berdasarkan kepada beberapa perlawanan persahabatan dan komitmen pemain ketika latihan. cc: Kedah Darul Aman -south krew-
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 06:47:56 +0000

Trending Topics



" style="min-height:30px;">
Are you getting hungry for lunch? Why not come in and GET MORE FOR
I was in Hillsboro Illinois on August 19, 2014, with other
youtube/watch?v=46t3frDWcZQ Time to come together and make
I have recently become enamoured by an area near my new house

Recently Viewed Topics




© 2015