ANWAR DIKUTUK KHIANATI PERJUANGAN ANAK MUDA Beberapa perkara - TopicsExpress



          

ANWAR DIKUTUK KHIANATI PERJUANGAN ANAK MUDA Beberapa perkara menonjol pada perhimpunan Black 505 yang baru berlalu Sabtu lalu di Padang Merbok, berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pertama perhimpunan haram yang mnerupakan kemuncak kepada beberapa siri kempen jelajah yang dianjurkn oleh Anwar Ibrahim di atas kegagalan beliau menjadi Perdana Menteri dilihat sebagai ‘total failure’ atau kegagalan paling teruk baginya. Jika pada perhimpunan lain penyokong yang datang mendengar kelentong Anwar mampu mencecah jumlah yang besar sehingga 10,000 hingga 20,000 orang tapi kali ini amat mengecewakan dengan kehadiran lebih kurang 10,000 orang sahaja. Ini adalah tamparan kepada Anwar yang selama ini membohongi pengikutnya melalui strategi fitnah terhadap kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini menyebabkan reaksi pertama Anwar setelah melihat kegagalan usaha mennumbangkan kerajaan pada 22 Jun lalu ialah dengan mengatakan pembangkang kini dirundungi sindrom ‘political fatigue’ atau kepenatan politik. Ini yang amat ditakutkan oleh Anwar kerana beliau kini boleh merasai bahawa penyokong-penyokong pembangkang sudah sedar mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka sendiri. Pertama yang sudah celik mata terhadap pembohongan Anwar ialah orang-orang Cina yang hampir tidak kelihatan langsung pada perhimpunan tersebut. Kaum inilah yang menjadi pendesak dan berjaya mengapi-apikan orang Melayu supaya keluar ke jalanan berdemonstrasi kononna untuk menolak keputusan PRU13 lalu. Mereka juga membanjiri padang-padang dan stadium-stadium sebelum ini seolah-olah memberi gambaran kepada Anwar kaum Cina tidak akan berganjak daripada sokongan mereka kepadanya. Apabila tiba hari penentu di Padang Merbok, orang-orang Cina kecut perut dan meninggalkan penyokong-penyokong Melayu yang benak hati dan jumud fikiran untuk berdepan dengan pasukan keselamatan. Persoalannya di mana orang-orang Cina dan mengapa mereka menarik diri pada saat-saat akhir ketika perjuangan sudah sampai pada penghujung dan keadaan menjadi getir? Kesedaran mereka ditipu Anwar satu hal tetapi seruan jihad yang dilaungkan oleh Husam Musa meminta 100,000 penyokong pembangkang mengorbankan nyawa untuk mencapai kemenangan telah menakutkan kaum Cina yang sebelum ini amat lantang bersuara menentang kerajaan. Orang-prang Cina yang lebih sayangkan nyawa dan kehidupan duniawi tidak sanggup untuk bergadai nyawa demi agenda peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Penyokong-penyokong Pas juga tidak ramai kelihatan kerana sebelum ini Dewan Ulama parti itu telah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan rusuhan jalanan yang dirancang oleh Anwar. Hanya Husam sahaja yang bertindak di luar arahan Dewan Ulama kerana beliau tergolong dalam kumpulan Anwarinas yang menjadi duri dalam daging dalam Pas dengan memperomosi agenda bosnya. Sebab itulah Husam terpaksa mengeluarkan ‘fatwa’ syahid sebagai usaha terdesak untuk mengerahkan penyokong keluar beramai-ramai pada hari Sabtu lalu tetapi malangnya apa yang dihajatnya tidak berlaku. Mereka yang datang berhimpun di Padang Merbok dalam keadaan cuaca panas yang berjerebu pula hanya terdiri kebanyakannya daripada golongan muda dan belia Melayu yang hilang arah hidup dan tidak mengerti permainan politik pemimpin mereka. Malah ramai daripada mereka amat kecewa dan hampa kerana tidak berpeluang untuk terlibat dalam aksi bertempur dengan pihak keselamatan secara ganas. Maklumlah trompet jihad telah ditiup oleh Husam tetapi hanya sekadar bunyi bising sahaja tidak lebih daripada itu. Ada di antara golonga muda mula membuat bising dan memconteng kata-kata kesat terhadap pemimpin mereka sendiri kerana kecewa perhimpunan tersebut diadakan dalam keadaan aman dan tenteram. Malah segelintir membuat keputusan untuk bermalam di kawasan perhimpunan dengan membuat khemah untuk meneruskan perjuangan yang sia-sia itu. Harapan tinggi dengan emosi kemarahan yang meluap-luap terhadap kerajaan dan SPR oleh penyokong pembangkang akhirnya dikhianati Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka yang sebelum ini berkobar-kobar untuk memboikot majlia angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan persidangan Dewan Rakyat akhirnya terpaksa telan air liur yang mereka ludahkan ke langit. Sedang penyokong pembangkang berhempas pulas kononnya untuk menegakkan keadilan dengan menahan lapar dan dahaga serta kulit madan di sinari terik panas matahari, pemimpin-pemimpin mereka dengan senyuman dan berpakaian segak mengangkat sumpah jawatan. Sedang penyokong pembangkang berbaring di atas jalan raya yang membahang panas, Anwar dan anak Nurul Izzah, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan anak Guan Eng, serta Karpal Singh dan anak Gobind bersenang lenang dalam dewan yang nyaman dan sejuk serta menikmati makanan dan minuman yang enak dan lazat bersama pemimpin-pemimpin kerajaan. Hakikatnya Anwar telah kencing atas kepercayaan dan keyakinan penyokong-penyokongnya yang begitu taksub dan fanatik terhadapnya. Pemimpin agung yang selama ini mereka puja dan sanjung rupa-rupa hanyalah seorang pelakon politik munafik yang licik dan berjaya mengaburi mata mereka yang terlalu sayangkan kepada beliau.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 09:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015