AUDIT NEGARA #a part of it Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara - TopicsExpress



          

AUDIT NEGARA #a part of it Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan kepada ahli Dewan Rakyat pada hari ini (2 Oktober 2013), terdapat berbagai ketirisan dikesan dalam tadbir urus perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sepanjang tahun 2012. Antara ketirisan yang didedahkan termasuklah perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta untuk persembahan konsert K-Pop sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012, perbelanjaan sebanyak RM38,000 untuk kempen anti merokok yang gagal mencapai sasaran oleh Kementerian Kesihatan, perbelanjaan sebanyak RM320,000 untuk pembiayaan kempen kesihatan di Facebook dan Twitter oleh Kementerian Kesihatan, kes kehilangan aset Polis Di Raja Malaysia (PDRM) seperti gari dan senjata api, perbelanjaan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebanyak RM3800 untuk membeli sebuah jam tangan yang berharga RM100 di pasaran, peningkatan kos pembentungan di Negeri Sembilan sebanyak RM121.6 juta, serta perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk Program Keselamatan Sekolah yang gagal mencapai sasaran seperti yang ditetapkan. Sementara itu, di peringkat negeri, Kerajaan Negeri Selangor mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara lantaran beberapa program yang direncanakan telah menunjukkan prestasi yang baik selain berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara program yang mendapat pujian tersebut termasuklah program Hadiah Anak Masuk Universiti serta program biasiswa dan pinjaman tanpa faedah melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBS). Jabatan Audit Negara juga berpuas hati dengan pencapaian agensi kerajaan negeri, Selangor State Investment Centre (SSIC) Berhad yang memperoleh lebihan pendapatan tahunan dan lebihan pendapatan terkumpul yang meningkat setiap tahun, dari tahun 2009 sehingga tahun 2011. 'Kerajaan tidak perlu potong subsidi rakyat selagi kerajaan tidak dapat menyekat amalan boros dalam perbelanjaan.' -Saifuddin Nasution Ismail-
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 17:16:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015