Ada likers yang bertanya pada kami tentang perbezaan & persamaan - TopicsExpress



          

Ada likers yang bertanya pada kami tentang perbezaan & persamaan antara histeria dan rasuk. Mohon membaca jawapannya dibawah Perbezaan Di Antara Histeria Dan Kerasukan Seringkali kita tidak dapat membezakan di antara histeria dan rasukan. Istilah histeria merujuk kepada gangguan yang berlaku terhadap ramai pesakit. Sekiranya gangguan yang berlaku terhadap individu, maka ia diistilahkan sebagai rasuk. Ertinya, histeria dan rasukan makhluk halus sememangnya ada unsur persamaan. Faktor-faktor Berlakunya Histeria Dan Kerasukan Gangguan oleh manusia terhadap kediaman jin secara tidak sengaja sehingga menimbulkan kemarahan jin tersebut. Individu yang bercakap besar dan takbur serta tidak menjaga adab khususnya di tempat yang agak ‘keras’. Kecuaian manusia yang mungkin menyakiti jin secara tidak sengaja. Manusia berpeleseran pada ketika syaitan berkeliaran. Emosi yang tidak terkawal: Stress, terlalu marah, terlalu takut, terlalu sedih, cemburu, terlalu gembira, terlalu sakit, nafsu syahwat yang tinggi. Gangguan sihir. Gangguan saka. Kecelaruan emosi tahap kritikal akibat tekanan jiwa yang berpanjangan yang mungkin berpunca daripada masalah rumahtangga, masalah kerja, masalah alam sekeliling. Jiwa yang lemah (tiada kekuatan ruh). Melakukan amalan yang bercanggah dengan syarak seperti memuja roh atau menghadirkan roh. Jin jatuh cinta pada manusia. -sue-
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 04:23:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015