Akhirnya sampai juga kami di Aonang, Krabi. Setelah check-in di - TopicsExpress



          

Akhirnya sampai juga kami di Aonang, Krabi. Setelah check-in di Ban Pulaon hotel, selepas solat aku hampir tertidur. Selepas manghrib, kami menjamu selera di buffet style di sebuah restoren berhampiran yang menyediakan nasi campur ala thai dan steamboat. Aku menjamah sedikit sahaja entah kerana nak diet atau kerana hati yang masih berkecamuk. Hendak ditelan pun bagai tersekat di kerongkong. Selepas itu kami hanya berjalan-jalan di kedai-kedai yang menjual berbagai barangan di Aonang. Langkahku longlai. Keletihan. Tapi kugagahi juga berjalan, sekadar menghiburkan hati. Melihat telatah warga pelancung yang berbondong datang ke Aonang ini. Tidak ada tujuan lain aku hanya ingin mencari sedikit cenderamata untuk di bawa pulang kepada rakan. Fridge magnet dan beberapa helai t-shirt. Lewat malam baru berjalan pulang ke hotel penginapan. Malam yang syahdu ini tampak lebih melankolik dari luar balkoni bilik hotel ini. Melihat bukit yang tersergam di sebelah hadapan jalan ini. Kelihatan samar-samar pohon-pohon yang meliuk-liuk di tiup sang bayu. Ingin saja kupetik daun pohonan tersebut menjadi kertas, dan kupatahkan rantingnya menjadi pena, lalu mungkin akan kuteteskan airmata darah menjadi tinta dan kutuliskan bahawa aku telah jatuh cinta kepadamu.... tapi sayang hendak kucapai pohonan itu, tanganku tak sampai....
Posted on: Thu, 11 Jul 2013 10:21:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015