Aku ingat lagi haritu masa Mursi kena guling hangpa duk pesta. - TopicsExpress



          

Aku ingat lagi haritu masa Mursi kena guling hangpa duk pesta. Letupkan bunga api, memekak dengan bunyi hon-hon kereta, bersorak-sorak sambil joget-joget. Sekarang, hambik puak-puak tamarrud nih: "..Walau bagaimanapun, para pendukung utama kudeta dalam kalangan negara-negara Teluk telah menarik balik bantuan kewangan kepada Mesir. Pegawai kanan Bank Pusat Mesir menyebut Arab Saudi mahupun UAE tidak memberi suntikan kewangan seperti yang telah dijanjikan setelah rampasan kuasa. Beliau turut menafikan Kuwait telah mengotakan bantuan sebanyak $4 bilion. Qatar juga telah menghentikan fasa kedua dan ketiga bon $4 bilion, seperti yang telah diwar-warkan pada awal Ogos dan September. Mereka tidak pula memutuskan tarikh tawaran yang baru.."
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 00:10:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015