Amar Haq seorang yang kasar. Bahasanya kasar. Bila berurusan - TopicsExpress



          

Amar Haq seorang yang kasar. Bahasanya kasar. Bila berurusan dengan orang tertentu atau entiti tertentu yang cuba ambil kesempatan, melangkau batas, meremehkan orang; orang ini berpeluang merasa betapa kasarnya Amar. Beberapa minggu lepas Amar singgah di DiGi Port Dickson untuk menukar plan Pasca bayar kepada Pra bayar dengan mengekalkan nombor yang sama. DiGi dengan senang hati berikan cadangan susah, sila ke DiGi Seremban. Amar cukup tidak senang, bertanya pula apa yang DiGi PD boleh buat? Terminate boleh? Jadi Amar terminate terus nombor DiGinya yang dah digunakannya lebih 5 tahun tu. Beberapa hari lepas DiGi hantar satu bil akhir bernilai RM34.41. Amar mula fikir... Sejak bila aku ada hutang dengan hang (DiGi). Seingat aku takdak sekupang rabik pun. Amar return email kepada DiGi dan carbon copy kepada SKMM dengan ayat... DiGi, bil kamu ni ambil balik. Saya tolak. Hari ni DiGi balas balik email tu dengan bil itu boleh diabaikan. SKMM juga email kes itu telah dipanjangkan. Amar senang saja, syarikat besar yang suka-suka hantar bil, suka-suka minta detail peribadi, guna pakai maklumat peribadi tanpa izin, Amar akan ajar cara miranda. DiGi pernah kena, Celcom pernah kena, Maxis pernah kena. Bila mereka buat sesuatu cross the line, mereka perlu menerima ajaran.
Posted on: Sat, 30 Nov 2013 14:13:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015