Amaran angin kencang, laut bergelora susulan Taufan - TopicsExpress



          

Amaran angin kencang, laut bergelora susulan Taufan Usagi 2013/09/19 - 13:06:49 PM Cetak Emel Kawan KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Usagi dikesan kira-kira 839 kilometer ke Timur Laut Manila, Filipina pagi ini. Berikutan taufan itu yang dikesan pada jam 11 pagi, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, dijangka berlaku di perairan Sarawak (Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) berterusan sehingga Isnin depan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Taufan Usagi kini berada kira-kira 1,675 kilometer ke Timur Laut Sandakan, Sabah. - BERNAMA
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 09:47:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015