Ambang Ramadhan. Malam 28 Syaaban. Semua orang adalah hero, kalau - TopicsExpress



          

Ambang Ramadhan. Malam 28 Syaaban. Semua orang adalah hero, kalau tidak pada pandangan orang pun, jadi hero diri sendiri. Jom jadi hero Ramadhan, jadi kuat dan suka menolong. Jadi pendoa setia supaya umat Islam di Palestin, Syria, Mesir, Somalia, dll dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Semoga Allah permudahkan untuk mereka. ______________________________ ________________________ Daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, mari hadirkan azam & niat Ramadhan 1434H yang bakal menjelma beberapa hari lagi : [1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah SAW semampu kita. [2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali). [3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur). [4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah). [5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu). [6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb. [7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar. [8] Niat untuk perbanyak sedekah/infaq. [9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll. [10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma. [11] Niat jadi hamba-NYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini. [12] Niat untuk syukuri segala nikmat-NYA pic by - spreadsalam
Posted on: Sat, 06 Jul 2013 21:04:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015