Apa itu rubella? Rubella atau German measles ialah jangkitan yang - TopicsExpress



          

Apa itu rubella? Rubella atau German measles ialah jangkitan yang boleh menyebabkan ruam berwarna kemerah-merahan, bermula pada bahagian muka dan kemudiannya merebak ke bahagian badan yang lain. Simptom-simptom lain yang biasanya muncul sebelum ruam termasuk: demam yang tidak begitu tinggi konjuktivitis nodus limfa membengkak Virus ini akan menamatkan kitarannya dalam masa kira-kira tiga hari tetapi lebih separuh daripada mereka yang dijangkiti tidak mendapat apa-apa simptom, menyebabkan mereka tidak tahu bahawa mereka telah dijangkiti. Walaupun rubella biasanya tidak membahayakan, namun ia berbahaya bagi wanita hamil kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah kepada bayi dalam kandungan. Apabila bayi tersebut dijangkiti, iaitu apa yang dipanggil sindrom rubella kongenital (congenital rubella syndrome - CRS), masalah-masalah berikut boleh berlaku: katarak dan kecacatan mata yang lain; pekak; kecacatan jantung; kepala yang lebih kecil daripada biasa (microcephaly); tumbesaran terbantut ketika dalam kandungan; kerosakan pada otak, hati, paru-paru dan sum-sum tulang. Wanita di Malaysia bernasib baik kerana majoriti mereka kini imun terhadap penyakit ini, samada melalui pelalian atau vaksinasi yang diterima semasa kanak-kanak ataupun kerana mereka telahpun menghidap rubella sebelum ini. Akibat daripada itu, kes-kes CRS telah jelas berkurangan semenjak awal 1980an. Penyakit ini kini sangat jarang berlaku. Apa yang boleh saya lakukan jika saya tidak mempunyai pelalian terhadap rubella? Pelalian terhadap rubella boleh berubah selepas satu jangka masa tertentu. Oleh itu, baik juga jika anda periksa dahulu sebelum mencuba untuk hamil, walaupun anda telah imun terhadapanya pada masa lalu. Anda boleh meminta doktor supaya menjalankan ujian darah untuk memastikan perkara ini. Jika anda pasti bahawa anda tidak mempunyai pelalian terhadap rubella, cara yang terbaik ialah dengan mendapatkan vaksinasi tersebut sebelum anda hamil, kemudian tunggu selama sebulan sebelum cuba untuk hamil. Ini dapat memberi masa yang cukup kepada badan anda untuk membunuh virus yang disuntik ke dalam badan supaya ia tidak dijangkitkan kepada bayi yang anda kandungkan nanti. Sekiranya ujian darah yang dilakukan pada awal kehamilan menunjukkan anda tidak imun terhadap rubella, anda perlu menunggu sehingga melahirkan sebelum anda boleh mengambil pelalian. Ini boleh dilakukan sebelum anda keluar daripada hospital jika anda bersalin di hospital, atau semasa pemeriksaan selepas bersalin. Andai kata anda mendapat pelalian dalam minggu-minggu pertama kehamilan iaitu sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil, janganlah risau. Setakat ini, tiada laporan mengenai CRS berlaku kepada bayi dalam situasi ini. Doktor anda akan mengesyorkan supaya anda menjalani imbasan dalam minggu ke-18 hingga ke-20 untuk meneliti keadaan bayi dan semoga ini dapat memberi anda sedikit keyakinan. Apakah risikonya terhadap bayi saya sekiranya saya dijangkiti rubella semasa hamil? Kemungkinan bayi anda dijangkiti rubella bergantung kepada tahap kehamilan anda semasa anda mendapat jangkitan ini. Risikonya paling tinggi jika anda mendapat rubella sebelum minggu ke-11 kehamilan (sembilan daripada 10 bayi mendapatnya). Menjelang minggu ke-17, perkara ini jarang berlaku, walaupun masalah pendengaran boleh menjejaskan bayi sehingga minggu ke-20. Oleh itu, jika anda tidak pasti mengenai status pelalian anda, cuba elakkan daripada mendekati mereka yang menghidap rubella, terutamanya dalam tempoh beberapa bulan pertama kehamilan anda. Malangnya, jika anda dijangkiti virus ini, tiada apa yang boleh dilakukan untuk melindungi bayi anda. Doktor akan berbincang dengan anda mengenai ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui kesan rubella terhadap bayi dalam kandungan anda. Bajet kurang dari 200.tapi bayi perlukan susu ibu.susu pulak semakin kurang.jangan risau kami bersedia bantu anda. Pm atau sms kami.taip"set menyusu bajet"sertakan nama dan kawasan dan sms 0176193722. Atau pm https://facebook/messages/LazatnyaSusuIbu kebaikan set susu ♥♥
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 03:03:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015