Apakah itu PLT atau Perkongsian Liabiliti Terhad ? PLT merupakan - TopicsExpress



          

Apakah itu PLT atau Perkongsian Liabiliti Terhad ? PLT merupakan satu bentuk perniagaan alternatif BARU yang diperkenalkan oleh SSM pada 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Ia mempunyai kelebihan-kelebihan berikut yang tidak ada pada bentuk perniagaan yang lain:- a) Pengarah mempunyai Liabiliti Terhad, sama dengan liabilti terhad yang dimiliki oleh pemegang saham sesebuah Syarikat (Sdn Bhd). b) Kurang terikat dengan undang-undang (Memudahkan Bisnes Anda) – Tidak perlu mempunyai akaun yang beraudit & tidak perlu melantik Setiausaha Syarikat, menjimatkan kos. c) Peluang untuk merancang cukai berbanding dengan sole proprietor (enterprise). d) Kewujudan yang kekal dan sah (Entiti Sah Berterusan). PLT ini membolehkan anda menikmati kelebihan sebagai sebuah syarikat Sdn Bhd TETAPI menguruskannya seperti ENTERPRISE ! PLT tidak perlu renew seperti Enterprise . Memang sangat mudah diuruskan. PLT boleh diuruskan oleh anda sendiri sebagai Compliance Officer, justeru itu anda tidak memerlukan seorang Company Secretary. Namun, sebagai Compliance Officer, anda perlu tahu tentang undang-undang penubuhan syarikat perniagaan. Anda perlu mendaftar sebagai Compliance Officer dan wajib hadir ke SSM KL Sentral untuk proses verifikasi (Verification process). Selepas SSM mengesahkan anda sebagai Compliance Officer, anda sudah boleh menubuhkan PLT anda sendiri secara online. Anda tidak boleh membantu orang lain untuk menubuhkan PLT mereka. Setiap orang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap PLT masing-masing. Berbeza dengan saya, saya telah diiktiraf oleh SSM untuk membantu Usahawan di dalam mendaftarkan PLT bagi pihak Usahawan lain kerana proses untuk menjadi Compliance Officer agak rumit terutama sekali bagi Usahawan yang berada di luar Kuala Lumpur. Saya suka menyarankan klien saya agar menguruskan kewangan seperti Sdn Bhd dengan menyimpan penyata akaun yang sistematik, teratur dan diaudit untuk memudahkan mereka menikmati faedah seperti Sdn Bhd. Secara logiknya, jika anda ingin menikmati faedah seperti Sdn Bhd, buatlah seperti apa yang Sdn Bhd buat. Kalau anda menguruskannya seperti Enterprise, memang susah nak mengembangkan perniagaan anda secara besar-besaran. Selalunya saya sarankan klien mengambil khidmat Firma Audit & Perakaunan Bertauliah kerana ianya memudahkan mereka terutamanya bila mereka nak apply business loan. Semua kos yang berkaitan dengan perakaunan boleh mengurangkan cukai. Saya juga akan membantu mereka di dalam menilai kredibiliti sesebuah Firma Audit dan Perakaunan sebelum mereka mengambil perkhidmatan mereka. Pada tahun pertama penubuhan, iaitu selepas 18 bulan, Direktor wajib menghantar Annual Return kepada SSM walau tidak wajib menghantar laporan Akaun beraudit. Ini untuk membuktikan bahawa PLT masih wujud. Mengapa? Ini kerana Direktor tidak perlu renew sijil PLT seperti renew Enterprise. Ramai yang tidak tahu bahawa Enterprise berisiko tinggi ! Sebagai contoh, bila kita nak menyewa sesebuah premis perniagaan dengan Perbadanan Kerajaan, selalunya mereka minta kita daftar perniagaan sebagai Enterprise. Tahukah anda apa tujuan mereka sebenarnya? Mudah saja: Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar sewa, mereka berhak menyita SEMUA HARTA ANDA untuk cover balik sewa yang tertunggak. Ramai yang dah terkena Jika anda berhutang dengan supplier dan tidak mampu untuk membayar hutang-hutang tersebut, SEMUA ASSET ANDA BOLEH DISITA oleh supplier tersebut ! Apakah lagi manfaat Perkongsian Liabiliti Terhad ini? Sila layari facebook/SuhailaYassinInternational
Posted on: Wed, 24 Jul 2013 08:37:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015