Assalamualaikum..Hari ini kita cuba satu lagi resepi dari kaum - TopicsExpress



          

Assalamualaikum..Hari ini kita cuba satu lagi resepi dari kaum India di Negara ini , "Putu Mayam" atau di Pulau Pinang di gelar, "putu mayung" atau pun orang India Selatan gelar "Idi yappom". Mana satu betul?. Entalah tapi mamak rasa nama, "Putu Mayam" adalah betul kerana dalam bahasa Inggeris di panggil " String Hoppers". Makanan ringan atau semi berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis istimewa atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayom ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah). Sebelum kita ke resepi, kita tinjau dulu persenjataan yang digunakan untuk berperang dengan putu mayam ini..yang had kayu ini memang khas untuk hanya buat putu mayam..ini harta pusaka mami bawa sebagai hadiah perkahwinan. Kaum Mamak kalau sebelah pengantin lelaki akan terima berbagai hadiah dari pihak keluargan pengantin perempuan. Ini adalah wajib untuk pihak pengantin perempuan..untungkan jadi mamak kan?..hahaha. Yang gambar ketiga itu acuan muruku..ini moden sikit..mamak beli dgn harga RM20.00. kalau minat nak buat muruku kena ada alat ini...untuk mayam kita tukar je acuan lubangnya paling halus ..kalau tak salah mamak haji ada 6 set acuan..muruku. Putu mayam ini lagi halus lagi sedap...sebelum ke resepi yg paling mudah ini..tanya lah kalau ada soalan. mamak haji tak mahu tulis panjang resepi..wassalam.
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 04:46:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015