Assalamualaikum. Tahniah kepada semua penyokong bolasepak - TopicsExpress



          

Assalamualaikum. Tahniah kepada semua penyokong bolasepak Malaysia kerana anda semua berjaya memeriahkan kembali suasana bolasepak Malaysia selepas bermula zaman kegelapan kita pada tahun 94-95. Walaubagaimanapun, suasana bolasepak kita banyak dicemari dengan isu keganasan bolasepak yang melibatkan beberapa buah pasukan. Insiden terbaru adalah melibatkan pasukan JDT dan Pahang FA. Banyak lagi insiden memalukan yang terjadi sebelum ini tetapi tidak perlulah saya menyenaraikan semuanya dengan terperinci. Apa yang saya ingin perkatakan disini adalah mengenai ‘FOOTBALL HOOLIGANISM’ yang terjadi tanah air kita, Malaysia. Jika dikaji semula pada asalnya, tiada maklumat sahih yang dapat diberikan bilakah fenomena ‘FOOTBALL HOOLIGANISM’ ini bermula. Ada sesetengah pendapat mengatakan ia terjadi seawal kurun ke-14 di England dan bertambah parah pada tahun 1846. Bermula dengan kejadian ini, maka tertubuhnya FOOTBALL FIRM. “A football firm (also known as a hooligan firm) is a gang formed for the specific purpose of antagonising and physically attacking supporters of other clubs” – Wikipedia Jadi, FIRM ini adalah sekumpulan gang yang mana ditubuhkan bertujuan untuk menyerang fizikal penyokong lawan. Ada pendapat mengatakan, FIRM ini ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada pasukan apabila bermain di tempat lawan (away). Kerana tujuan itu, maka ahli FIRM mestilah terdiri di kalangan meraka yang berani dan kuat secara mental dan fizikal. Pada tahun 70 dan awal 80an pula, FIRM ini ditransformasikan kepada gaya yang lebih menarik apabila dimasukkan elemen ‘dressing code’ kepada ahli mereka. Baju dan seluar berjenama tertentu perlulah dipakai apabila ingin bersama FIRM. Sebenarnya, kejadian ini menguntungkan perusahaan syarikat pakaian pada masa itu. Oleh sebab itu, FIRM dan ‘FOOTBALL HOOLIGANISM’ lebih digembar gemburkan supaya lebih ramai peminat bolasepak menyertai FIRM seterunya membeli pakaian keluaran mereka. Baiklah, pembaca sudah mengetahui serba sedikit bagaimana tertubuhnya FIRM ini. Apa yang ini kaitkan disini adalah; Sekali lagi diri ini ingin bertanya : • Perlukah fenomena ‘FOOTBALL HOOLIGANISM’ ini berlaku di Malaysia? • Perlukan tertubuhnya FIRM di kalangan penyokong bolasepak Malaysia? Anda semua ada jawapan tersendiri, jadi apabila saya menceritakan bagaimana penubuhan FIRM ini, secara tidak langsung anda semua mengetahui serba sedikit tentang FIRM dan matlamat penubuhan FIRM. Remaja kita mudah terpengaruh dengan mentaliti dan perbuatan dari barat. Apabila kisah FIRM di terjemahkan kedalam bentuk filem seperti ‘I.D’, ‘Rise of the Footsoldier’, ‘Football Factory’, ‘Green Streets Hooligan’, ‘Awaydays’, ‘The Firm’ dan banyak lagi, maka timbullah minat di kalangan muda mudi untuk menjadi seperti mereka. ‘Liga Kita, Wajah Kita’, ungkapan yang biasa diucapkan oleh pengacara sukan kita. Jadi mengapa kita perlu meniru fenomena dari liga lain. Malah yang lebih mengecewakan lagi apabila fenomena negatif yang lebih suka untuk ditiru oleh muda-mudi Malaysia berbanding fenomena yang positif. Ada yang bersuara mengatakan “Kami tubuhkan FIRM di sini kerana ingin melindungi penyokong kami, kami adalah barisan hadapan yang akan melindungi penyokong kami yang lain” Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan ini. Mengapa perlunya FIRM? Apakah tidak aman negara kita sehingga memerlukan FIRM untuk menjaga mereka yang hanya ingin ke stadium? Serahkan sahaja tugas ini kepada PDRM. Penganjur juga mesti bijak dalam menyelesaikan isu penyokong, plan tindakan keselamatan mestilah berkesan. Saya yakin, kerjasama dari pelbagai pihak akan dapat menyelesaikan perkara ini dengan lebih efektif. Berbalik kita kepada fitrah sebagai manusia, Islam khususnya. Jangan kita cemari nama perjuangan dengan nama perjuangan bolasepak. Ingat, bolasepak hanyalah hiburan semata-mata. Maruah dan harga diri tidak terletak pada kalah-menang pasukan bolasepak, maruah dan harga diri berada dalam jatidiri kita. Apakah Pulau Pinang, Melaka itu rendah maruah dan harga diri mereka hanya kerana pasukan bolasepak mereka berada di liga yang lebih rendah? Sama sekali tidak! Tiada istilah jihad bolasepak, apa gunanya menggadaikan jiwa dan raga mempertahankan bolasepak? Hayati kemenangan setiap masa, terima kekalahan seadanya. Kecewa, sedih, pasrah itu adalah nikmat bolasepak. Tindakan kita tidak perlu lebih dari itu. Pemain berpelukan di dalam padang, kita masing-masing bercakar sesama sendiri. Kebodohan apakah ini? Lebih banyak perkara lain yang perlu kita pertahankan. Jika Tok Janggut masih ada, jika Kiyai Saleh masih ada, jika Mat Kilau masih ada, jika Dato’ Bahaman masih ada, jika Haji Abdul Rahman Limbong masih ada, jika Dato’ Maharajalela masih ada, pasti mereka sedih melihat anak bangsa mereka. Kemerdekaan yang mereka perjuangkan kerana bangsa dan agama, tetapi kita bercakar sesama sendiri kerana bolasepak. Tentera Selempang Merah dari Sungai Manik dan Batu Pahat berjuang kerana bangsa dan agama, kita berjuang demi bolasepak sehingga membuli dan mencederakan rakan sendiri. Sudah-sudahlah. Hentikan semua ini. Corakkan liga kita dengan cara kita. Pelbagaikan gaya sokongan, nyanyian dan lain-lain sehingga liga / pasukan kita menjadi unik dan digeruni. Bukan dengan kekerasan. Akhir kata, betulkan niat masing-masing, betulkan visi dan misi, nikmati kemenangan dan terimalah kekalahan. Kerana itu adalah hiburan halal yang bernama BOLASEPAK. Tulisan Credit: Tok Ngulu
Posted on: Mon, 10 Feb 2014 10:16:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015