Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat FB, saya - TopicsExpress



          

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat FB, saya terpanggil untuk menulis diruangan maya ini semoga ianya boleh dikongsi oleh semua rakan dan sesiapa yang membanca tulisan ini. Saya merasa pelik dan hairan kenapa begitu mudah Station TV berbayar yang ada di Malaysia ini menaikan bayaran kepada orang ramai, seolah-olah tiada pemantauan langsung yang dilakukan oleh Kementerian Penerangan dan Komunikasi, saya masih ingat lagi pada tahun lepas station ini juga telah menaikan bayaran, Kementerian Penerangan harus melihat perkara ini dengan begitu jelas supaya ianya tidak membebankan pengguna. Saya juga merasa hairan apabila Station ini telah mengenakan cukai GST kepada pengguan, sedangkan Kerajaan sendiri telah mengumumkan bahawa cukai GST hanya akan dilaksanakan pada tahun 2016, akan tetapi kenapa Station ini dengan sewenang-wenangnya mengenakan cukai GST kepada pengguna. Cuba kita bayangkan kalau pengguna station ini mempunyai 1 juta pengguna, dangan mudah sahaja station ini memperolehi keuntungan atas angin berjuta-juta ringgit. Akhirnya saya amat berharap supaya Kementerian Penerangan dan Komunikasi melihat perkara ini dengan lebih jelas dan janganlah membiarkan station ini menaikan bayaran dengan sesuka hati tanpa mendapatkan kelulusan dari Kementerian Penerangan Malaysia, kepada Bapak Menteri tolonglah rakyat untuk mengatasi masalah ini, jangan sampai RAKYAT menggunakan kuasa untuk memilih Kerajaan lain yang boleh membantu meringankan beban Rakyat.. Kepada para pengguna yang lain, tulislah apa jua komen, supaya komen yang sdr tulis akan membuka mata dan minda Menteri Penerangan untuk mengatasi masalah ini. Sekian..
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 08:18:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015