Assalamualaikum, saya ingin menceritakan tentang sebuah kisah - TopicsExpress



          

Assalamualaikum, saya ingin menceritakan tentang sebuah kisah jatuhnya empayar Bes. Kisah ini tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia dan empayar bes adalah rekaan semata-mata. Pad awal tahun 1550, Sultan Bes Chwe V di angkat menjadi Sultan yang ke-55, Ketika baginda diangkat menjadi Sultan, empayarnya dalam kejatuhan kerana berlaku revolusi pemuda dan bahagian pembangkang Sultan itu mula menyebarkan pengaruh mereka di seluruh empayar itu. ketua pembangkan yang bernama Alti Sest adalah seorang bangsawan yang menentang Sultan yang terdahulu Sultan Bes Chwe IV(1545-1550) kerana berpendapat bahawa empayar yang ditadbir oleh keturunan Bes semakin lemah. Masa pemerintahan Sultan Bes Chwe yang V, baginda mengumumkan bahawa semua bangsa di empayar adalah dibawah persatuan yang sama. Jadi baginda membuat banyak program yang berkaitan dengan persatuan pelbagai bangsa di empayar tersebut. Tetapi yang menjadi masalah pada tahun 1553 iaitu tahun ke-empat baginda menjadi Sultan, baginda melebihkan satu bangsa ini dipanggil bangsa pedwar, iaitu bangsa yang kaya dan kebanyakannya adalah seorang bangsawan dan usahawan yang berjaya, tetapi mereka adalah pendatang ke empayar ini sejak tahun 1455 yang lalu. Sultan Bes Chwe V menyukai bangsa ini kerana pendapat baginda, bangsa ini memajukan empayar dan mereka juga sebenarnya menyokong Sultan itu menjadi Sultan. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan bangsa Saith iaitu tuan tanah sebenarnya tanah empayar Bes itu sejak berkurun lamanya. Mereka menentang sifat berat sebelah Sultan itu. tetapi hanya bercakap sesama sendiri sahaja,tidak berani untuk menegur dan menentang terang-terangan kepada kesilapan Sultan itu. Ada juga beberpa orang dari bangsa saith ini memarahi dan memaki hamun orang yang menentang Sultan ini, mengatakan bahawa Sultan ini tahu apa mereka buat, biarkan sahaja Sultan ini perintah dengan cara dia. yang penyokong Sultan tetapi menentang apa sifat tidak Adil Sultan tersebut mengatakan bahawa Sultan sudah melupakan bangsa yang menaikkan martabat Sultan di sana, dan mereka sebenarnya mengiktiraf Sultan ini sebagai pemimpin bukan golongan Pedwar. mereka gelarkan Sultan itu sebagai Bruder sycophants Pedwar bermaksud Abang pengampu Pedwar. Berlakulah perpecahan dalam penyokong Sultan tu sendiri, satu dipanggil Penyokong angguk Sultan dan Penyokong Menentang tidak keadilan Sultan. Jadi ketua Pembangkang, Alti Sest membuat langkahnya memperngaruhi kumpulan Saith yang menentang Sultan untuk mengangkat senjata untuk berperang melawan Sultan, tetapi mereka tidak mahu. Alti Sest juga meminta bantuan kepada Golongan penyokong Sultan untuk membantu mereka berperang dengan penentang Sultan, tetapi ditolak oleh mereka. Jadi Alti Sest berjumpa dengan bangsa Pedwar dan memberi pengaruhnya kepada mereka dan mengatakan jika kita menang perperangan ini, semestinya Bangsa Pedwar akan menjadi Ketua negara dan sistem Sultan akan dihapuskan. Salah seorang bangsawan berkata anda bukankah bangsa Saith? jika kita jadi pemimpin, mereka mesti menentang kita. biarkan, saya akan lakukan yang terbaik, Sudah berkurun lamanya Sultan berbangsa saith ini memerintah empayar ini, biar bangsa kaya ini memerintah negara, saya tidak kisah dipanggil pengkhianat, janji, SUltan tidak ada dan hak keistimewaasn saith tidak ada, kerana bumi ini bumi tuhan yang 1, perlu diberi sama rata. pada tahun 1555, Golongan saith semakin miskin, kerana di abaikan oleh Sultan, yang golongan Pedwar semakin kaya raya kerana banyak bantuan bangsa itu. bangsa Saith sudah tidak tahan, da mereka melakukan perhimpunan menentang Sultan. dari Situ, Alti Sest memainkan peranan menghasut bangsa saith untuk menggulingkan Sultan Bes Chwe V.Dengan bantuan bangsa Pedwar akhirnya Sultan Bes digulingkan dan dibunuh. AKhrinya hajat pembangkan mengambil alih empayar tercapai, Sistem Sultan dibubarkan menjadi Sistem presiden, hak keistimewaan Saith di hapuskan, akibatnya bangsa Saith, tuan tanah sebenar empayar Bes ini, akhirnya merempat di tanah sendiri akibat pemimpin yang lemah dan tidak menegur pemimpin secara berdepan dan perpecahan penyokong Sultan itu sendiri. pengajaran dia? nilai sendiri. tapi saya akan bagitahu apa maksud bagi nama-nama yang saya typekan dan apa sebenarnya ia menggambarkan: Empayar Bes: bes dalam bahasa Turki bermaksud 5, melambangkan 5 empayar Islam yang utama iaitu, Rasulullah S.A.W., Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyyah. Sultan Bes Chwe V: bermaskud Sultan 5(turki) Chwe(bahasa welsh nombor 6) Nombor 6 ialah musuh Islam yang kecil tapi dapat memusnahkan dan memutar belitkan kelima-lima sejarah empayar itu. Alti Sest: Alti dalam Turki bermaksud nombor 6, Sest dalam bahasa Czech ialah 6. bermaksud pengkhianat bangsa dan bekerja dengan nombor 6 iaitu musuh islam. Pedwar: Adalah bahasa Welsh nombor 4, mengikut kepercayaan sesetengah bangsa, 4 adalah nombor malang bagi merkea. Saith: adalah bahas Welsh nombor 7, mengikut kepercayaan kebanyakan, mengatakan Nombor 7 adalah perkara yang banyak ada di After life nanti. mengapa saya letak tahun 1555, ia melambangkan kepada 1 ummah, 5 empayar Islam, dan 55 kemenangan Parti perikatan setelah menangnya pilihan raya pertama pada tahun 1955. kerana untuk memberi peringatan, jika Sultan itu mementingkan penyatuan pelbagai bangsa, tahun 1955 adalah bukti bahawa semua rakyat berbilang bangsa bersatu untuk Merdeka. bab agenda tu tolak ketepi. 5 tahun sepanjang pemerintah Sultan Bes Chwe V adalah menunjukkan pemerintahan seseorang pemimpin yang memberi prioriti kepada orang lain, tetapi kumpulan sendiri diabaikan. jadi pengajaran dia, janganlah berpecah, kemungkinan akan terjadi lebih teruk dalam masa akan datang. bukan itu sahaja, tegurlah pemimpin, jika ada kesilapan, mana lah tahu, mereka dapat dengar dan mengambil pengajaran. siapa tahu bukan? asalkan kita berusaha, Insyaallah ada hasilnya dan jangan jadi Pengkhianat Bangsa! -SS-
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 14:51:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015