Assalamualaikum wbt Tuan / Puan, Mesy Core Team telah bermesyuarat - TopicsExpress



          

Assalamualaikum wbt Tuan / Puan, Mesy Core Team telah bermesyuarat pada jam 11 pagi tadi. Antara keputusan adalah: 1. Mengambil maklum bahawa YB Menteri Luar Negeri telah keluarkan siaran akhbar (boleh dirujuk di laman web KLN). 2. Terdapat laporan mengenai penglibatan secara langsung atau tidak langsung segelintir pelajar dalam aktiviti perhimpunan, dan ulasan yang cenderung ke arah satu puak. Ini merupakan tindakan yang kurang wajar dan boleh menimbulkan salah faham serta mungkin meletakkan para pelajar Malaysia dalam pemerhatian pihak yang tidak bertanggungjawab. 3. Makluman bahawa Kerajaan Malaysia peka terhadap perkembangan semasa dan tindakan yang sebaiknya diambil dari masa ke semasa. 4. Mengambil maklum suasana nampak beransur pulih di Iskandariah dan di sekitar Haiyyu Sabiek walaupun pada malam semalam berlakunya pergaduhan di beberapa tempat yang jauh daripada petempatan pelajar dan rakyat Malaysia. Sekian terima kasih. En. Shaiful Anuar Mohammad Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 18:14:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015