BAJET 2014: TERAS KETIGA - MENGUNGGUL MODAL INSAN MENAIKTARAF DAN - TopicsExpress



          

BAJET 2014: TERAS KETIGA - MENGUNGGUL MODAL INSAN MENAIKTARAF DAN MENYELENGGARA BANGUNAN SERTA PERALATAN LATIHAN KEMAHIRAN Saya melihat ianya penting sebagai pelengkap sistem latihan kemahiran di mana kemudahan fasiliti dan peralatan latihan perlulah mencapai standard yang diperlukan oleh industri. Pada masa yang sama, institusi latihan kemahiran perlu mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan). Setiap institusi latihan kemahiran juga di minta mewujudkan satu unit yang bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti dan berkesan. Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek memantau aktiviti penyelenggaraan peralatan, penyelenggaraan bangunan & kemudahan asas, menyelaras dan mengurus perolehan stok, inventori & aset institut, mengurus keselamatan bangunan & harta benda institut serta mengurus proses pelupusan peralatan. Pada masa yang sama, saya mencadangkan juga satu jawatankuasa teknikal membabitkan wakil industri bagi memberi nasihat dalam konteks merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 15:53:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015