BERITA STUDIO MUJ NEGERI SEMBILAN 13/11/2013, Dua lelaki - TopicsExpress



          

BERITA STUDIO MUJ NEGERI SEMBILAN 13/11/2013, Dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melarikan empat dulang barang kemas bernilai RM400,000 dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di Seremban, semalam. Kejadian mengambil masa kurang lima minit. Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam. Ketika itu, pemilik kedai emas berkenaan hendak menutup pintu premis sebelum dua lelaki meluru masuk sambil mengacukan pistol. Suspek mengarahkan pemilik bersama tiga pekerjanya mengeluarkan empat dulang barang kemas dari ruang cermin pameran sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg. Mereka kemudian melarikan diri menggunakan sebuah sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun bersenjata dan berkumpulan. Rakaman kamera rakaman litar tertutup, CCTV di premis berkenaan juga diteliti polis bagi mengenal pasti suspek dan jenis pistol digunakan
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 15:18:45 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015