Bagai menjilat ludah sendiri, itulah perumpamaan yang admin rasa - TopicsExpress



          

Bagai menjilat ludah sendiri, itulah perumpamaan yang admin rasa sangat sesuai untuk Ibrahim Ali apabila dia mengatakan bahawa penganut Kristian tidak salah sangka akan pernyataan panas beliau tentang hasratnya mengharamkan alkitab Injil dari bumi persekutuan ini. Kristian dan Muslim bagaikan saudara di negara ini ujarnya dan dia mengatakan bahawa PERKASA bukanlah pergerakan anti Kristian. Apa lagi yang admin mahu katakan? Perbuatan dia dilihat seperti menghidupkan api di hutan dan mengatakan api tersebut hanya untuk memanaskan badannya sahaja tapi tidak pun berniat untuk memadam api tersebut. Begitulah sentimen perkauman yang diungkit dari mulutnya sendiri sekaligus menjadi ayat peransang kepada pengikutnya atau rakyat yang sememangnya sudah mula berprejudis sesama diri di seberang sana. Sekiranya berlaku pergaduhan antara kaum admin percayalah orang seperti dialah yang menjadi barisan hadapan dan dalam masa yang sama berlagak seperti orang yang akan menghentikan pertelingkahan itu sekiranya tahu dirinya hampir kalah. Jadi hanya orang yang bodoh sahaja yang percaya dengan ayat yang keluar dari mulut manusia seperti Ibrahim Ali ini. -Dovahkiin- themalaysianinsider/malaysia/article/christians-our-brothers-and-sisters-says-ibrahim-ali
Posted on: Mon, 21 Oct 2013 10:57:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015