Bagaimana Menjaga Bateri Netbook & Laptop? Jenis Batteri - TopicsExpress



          

Bagaimana Menjaga Bateri Netbook & Laptop? Jenis Batteri Laptop -------------------------- Terdapat 3 jenis bateri laptop Laptop menggunakan beberapa jenis bateri yang berbeza. Bateri merupakan sumber kuasa utama bagi sebuah laptop. Lithium-ion: Batteri ini merupakan batteri yang paling baik bagi sebuah laptop. Jenis bateri Lithium-ion adalah lebih ringan dan berfungsi dengan lebih effektif daripada bateri lain. Bateri Lithium bukan seperti bateri jenis NiCad atau NiMH, ia tidak akan dirosakkan oleh kesan memory atau “Memory Effect”. Memory effect merupakan ciri bateri NiCad dan NiMH yang menyebabkan mereka hilang keupayaan mencas kepada kapasiti penuh setelah dicas berulang kali. Selain itu bateri jenis lithium-ion juga lebih mesra alam berbanding bateri lain. NiCad (nikel-kadmium) dan NiMH (logam nikel hidrida) merupakan dua jenis bateri laptop lama. Bateri jenis ini popular dalam laptop – laptop lama kerana kedua-dua bateri ini sering dirosakkan teruk oleh kesan “Memory Effect”. Anda boleh mengesahkan jenis laptop bateri anda dengan melihat pada labelnya. ######################################## Berikut merupakan antara cara menjaga dan meningkatkan jangka hayat bateri laptop anda: ______________________________________________________ 1. Matikan Wi-fi dan Bluetooth (jika anda tidak menggunakan), kebanyakan komputer mempunyai kekunci pintas untuk mematikan rangkaian wireless dengan segera. 2. Berikut merupakan antara aktiviti yang akan memakan kuasa bateri laptop anda; bermain permainan komputer, mendengar muzik atau menonton filem dan menggunakan pemacu CD/DVD. 3. Mencabut semua peranti luaran seperti Kad PC, FireWire, peranti USB dan sebarang media mudah alih. Gunakan touchpad laptop dan bukannya peranti luaran. 4. Melaraskan kecerahan skrin anda; mengurangkan cerahan skrin boleh menjimatkan kuasa bateri. 5. Menyesuaikan Windows Power Options; pilih pelan kuasa yang akan mematikan skrin dan cakera keras selepas 10 minit tidak aktif. 6. Kurangkan atau bisukan speaker laptop anda. 7. Salin fail daripada cakera CD/DVD ke cakera keras laptop. Ini adalah kerana cakera keras menggunakan kuasa yang kurang daripada pemacu CD/DVD laptop anda. 8. Jika anda tidak menggunakan laptop anda untuk jangka masa yang panjang (seminggu atau lebih) keluarkan bateri daripada laptop. 9. Sebulan sekali gunakan bateri laptop sehingga ia habis sepenuhnya kemudian cas kembali. Ini akan memastikan bateri tersebut meningkatkan jangka masa penggunaanya. 10. Membiarkan bateri di dalam komputer riba semasa menggunakan soket elektrik untuk jangka masa yang panjang akan memastikan bateri berada dalam keadaan sentiasa dicas dan ini akan mengurangkan kitaran hayat bateri.
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 02:22:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015