Baharui kapsul masa hubungan dagang Kuala Lumpur: Datuk Seri - TopicsExpress



          

Baharui kapsul masa hubungan dagang Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam memperbaharui kapsul masa hubungan dagang antara Malaysia dengan Jepun yang dimulakan sedekad lalu, di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebagai simbolik kepada usaha memperkasa hubungan dua hala Malaysia-Jepun, kapsul masa itu hanya akan dibuka pada 2023 selain menjadi tanda aras kepada aktiviti transformasi negara bagi tempoh 10 tahun mendatang. Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, negara sudah melalui proses perubahan ketara sepanjang tempoh berkenaan, terutama kedudukan ekonomi yang mengalami pertumbuhan pesat, dibantu Dasar Pandang Ke Timur (DPT) yang kini memasuki gelombang kedua. “Ketika kapsul masa ini diaktifkan sedekad lalu, Asia Tenggara berdepan kelembapan akibat krisis ekonomi, namun hari ini semuanya berlainan dengan China memegang ekonomi terbesar dunia manakala ASEAN memiliki prospek cerah untuk pertumbuhan global. “Atas sebab itu, saya melihat pembukaan kapsul hari ini (yang diaktifkan pada 2003) sebagai reflek kepada sejauh mana kemajuan yang sudah dicapai Malaysia dan memikirkan apa lagi pembaharuan yang akan berlaku untuk 10 tahun lagi dengan pelancaran kapsul masa baru. “Sudah tentu DPT yang dimulakan 30 tahun lalu banyak membantu, bukan hanya mendorong kerajaan memahami rahsia kejayaan Jepun memajukan negara, malah turut menekankan apa yang boleh Malaysia tawarkan kepada Jepun dalam bentuk pelaburan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Dewan Perniagaan, Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM) yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Duta Besar Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura serta Presiden JACTIM Masato Nakamura. Najib berkata, JACTIM turut memainkan peranan cukup kritikal dalam menggalakkan peluang perniagaan di Malaysia, sehingga tahun lalu pelaburan Jepun ke atas sektor pembuatan negara mencecah USD3.2 bilion, jumlah tertinggi pernah dicapai sejak 1980. “Perusahaan seperti Panasonic, Ibiden dan Toyota sudah menjadikan Malaysia seperti rumah mereka dengan pengeluaran dan pemprosesan pelbagai rangkaian produk seperti modul solar, peralatan komputer terkini dan automobil. “Dalam kita merangka fasa pembangunan berikutnya, JACTIM akan terus membantu menyalur nasihat, pandangan dan kepakaran, khusus bagi mencapai sasaran negara maju pada 2020,” katanya.HM
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 22:27:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015