Banyak keajaiban bagi mereka yang menghafal Al-Quran.. ada yang - TopicsExpress



          

Banyak keajaiban bagi mereka yang menghafal Al-Quran.. ada yang dikatakan jasadnya tidak reput dimakan bumi, bahkan ulama pernah mengatakan mereka yang menghafal Al-Quran boleh memberi syafaat (pertolongan) kepada keluarganya di hari akhirat nanti... Seorang sahabat saya pernah bercerita tentang perihal dia pernah pergi ke perkuburan Melayu di Mesir untuk menghantar jenazah ke liang lahad dan ternampak jasad lama yang masih utuh (liang lahad di Mesir agak berbeza berbanding Malaysia, ia seperti sebuah bilik kecil dan diletakkan beberapa jenazah di dalam satu liang), bila ditanya pada senior itulah jasad seorang hafizah Al-Quran yang sudah meninggal sekian lama tetapi jasadnya masih utuh... Mari sama-sama kita pasangkan azam "1 Rumah 1 Hafiz Al-Quran" InsyaAllah... Semoga generasi Al-Quran inilah yang sama-sama akan memandu umat Islam ke syurga-Nya nanti insyaAllah...
Posted on: Mon, 17 Jun 2013 03:36:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015