Bayi dua minggu mati dipukul bapa guna besi 2013/10/16 - 04:15:28 - TopicsExpress



          

Bayi dua minggu mati dipukul bapa guna besi 2013/10/16 - 04:15:28 AM Oleh Poliana Ronnie Sidom Isteri, tiga lagi anak buruh warga asing cedera Beluran: Seorang bapa memukul bayinya berusia dua minggu dengan besi paip hingga mati serta mencederakan tiga lagi anaknya kerana marahkan isteri yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain di rumah kongsi di Ladang NPC dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, bayi lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak perempuan suspek berusia dua tahun yang dikenali sebagai Leny, parah. Suspek bergaduh dengan isterinya selepas mendakwa wanita yang masih dalam pantang itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain” V Sivanathan, Ketua Polis Daerah Beluran Dua lagi anak suspek iaitu Juliady, 4, dan Juliana, 7, yang cedera di kepala dan muka, dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Buruh warga asing berusia 34 tahun itu memukul keempat-empat anaknya dengan menggunakan besi paip yang digunakan untuk mengait buah kelapa sawit. Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan, berkata suspek juga menikam kepala isterinya dengan gunting serta memukul menggunakan besi paip itu. Dakwa hubungan sulit “Suspek dikatakan bergaduh dengan isterinya selepas mendakwa wanita itu yang masih dalam pantang mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Tikam guna gunting “Lelaki itu kemudian mengambil gunting dan menikam kepala isterinya beberapa kali sebelum mengambil sebatang besi paip untuk memukul semua mangsa,” katanya di sini, semalam. Polis yang menerima maklumat kejadian itu daripada pekerja ladang pada jam 12.30 tengah malam semalam, bergegas ke lokasi. Suspek berjaya ditahan dalam rumah kongsi terbabit dan merampas sebilah parang kira-kira jam 3.30 pagi. Semua mangsa dihantar ke Hospital Beluran tetapi isteri suspek dan anak ketiga pasangan itu dirujuk ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, kerana keadaan mereka yang kritikal. Siasatan awal polis mendapati motif kejadian disebabkan cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. bharian.my/bharian/articles/Bayiduaminggumatidipukulbapagunabesi/Article
Posted on: Wed, 16 Oct 2013 15:17:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015