Bercakap soal kekayaan dan kejayaan, pasti semua orang mahu tahu - TopicsExpress



          

Bercakap soal kekayaan dan kejayaan, pasti semua orang mahu tahu bagaimana dan nak kaya. Namun tidak ramai yang sanggup untuk benar-benar berkorban deminya. Ramai yang mahukannya secara percuma atau menanti ia bergolek ke riba. Ramai yang mengelarkan diri mereka usahawan. Namun berapa ramai yang benar-benar faham maksud usahawan? Mungkin ramai yang mengerti dan disebabkan itu ramai juga yang takut untuk menjalankan perniagaan sendiri. Apa sebenarnya yang mereka takut? Halangan terbesar ialah takut gagal, takut modal yabg dilaburkan tidak boleh dapat balik, takut untuk mencuba dan takut untuk berubah. Akhirnya dimana mereka berada? Hanya mampu melihat rakan-rakan mereka yang kaya sambil berkata dia bolehlah sebab dia pandai berniaga. Persoalannya bukan pandai berniaga. Saya pasti tiada seorang pun dilahirkan terus pandai berniaga. Tapi kenapa ada yang berjaya dan ada usahawan yang gagal? Kerana yang berjaya itu sanggup untuk melaburkan wang dalam mencari ilmu keusahawanan. Mereka sedar akan hakikat ilmu yang dipelajari di sekolah hatta diuniversiti tidak boleh membantu mereka berjaya dialam realiti. Hanya teori lapuk yang dipersembahkan. Jadi, nak berjaya dan kaya dalam perniagaan perlu melabur didalam ilmu. Nak atau tak nak? Tidak dinafikan ramai yang mengatakan ilmu itu seharusnya percuma. Kenapa perlu bayar mahal-mahal untuk mendalami ilmu? Mungkin mereka lupa bahawa ketika mereka mendaftarkan diri ke sekolah yuran turut dikenakan. Mereka juga mungkin lupa bahawa ketika hari pertama melangkahkan kaki ke universiti, yuran ribuan ringgit juga dibayar. Oh, mungkin mereka tidak terperasan sebab ada pinjaman pendidikan. Harus faham bahawa ilmu diuniversiti sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita kaya. Kita harus terus belajar selepas keluar dari universiti. Perlu sertai pelbagai seminar dan workshop, perlu ada mentor atau coach untuk terus membimbing mereka ke landasan yang tepat. Soalnya adakah kita sedar akan hakikat ini? Jika ya, sanggup tak kita laburkan duit kita untuk ilmu yang lebih spesifik kepada halatuju kejayaan kita? Nak atau tak nak? Tepuk dada tanya selera.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 09:03:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015