Bingkisan 28 Ramadan Assalamualaikum buat siapa jua insan muslim - TopicsExpress



          

Bingkisan 28 Ramadan Assalamualaikum buat siapa jua insan muslim & mukmin yg punya cinta di jiwa...Alhamdulillah...Allah masih sudi meminjamkan saat usia buat hamba sedaifku menjejakkan kaki ke anjung 28 Ramadan.Sudah 28 kini...pantasnya waktu berlalu meninggalkan jejak-jejak hidup nan berliku.Bila kutoleh ke belakang,banyaknya ujian yg kutanggung sepanjang Ramadan ini.Ramadan ini bukan semata-mata Ramadan ke 13 doaku selama 13 tahun belum kesampaian malah telah tertinta dlm takdir bhw Ramadan ini aku dibuang jauh dari hati seorg NIAN...kenapa ya...adakah aku terlalu hina di hatinya? Adakah aku terlalu byk cacat cela di matanya? Mungkin juga...tdk ada apa pun istimewanya aku utk dipandang oleh mata hati insani...banyak kepincangan dan kejahilan diri...ada la....meskipun dia terlalu istimewa di hati ini...hanya Allah & aku jua yg mengetahui di mana letak duduknya dia di hati dari dulu,kini...dan kumohon padaMU Ya Allah... biarlah hanya dia istiqamahku di hati buat selama-lamanya meskipun aku telah disingkir pergi...aku sedari siapa diri ini...Aku tdk pinta dia menempatkan diri ini di takhta hati hgg mengatasi insan lain yg syarie, aku cuma mohon kepastian adakah namaku masih ada di suatu sudut hatinya...suatu sudut buat sahabat hgg detik takdir andai...itu...suatu kepastian yg kupinta buat menjadi azimat utk aku meneruskan langkah kehidupan,buat menemani istiqamahku,buat menerangi uzlah rinduku...tapi begitulah takdir Tuhan,aku terbuang dari hati...dan bila kutanya adakah aku diminta pergi buat selama-lamanya...jawapannya ya...bersungguh-sungguh dia mahu aku pergi buat selama-lamanya,katanya mulai detik ini terbatallah sudah janji yg cuba dipertahankannya selama ini...Besar maknanya kata-kata itu...& aku pasrah padaMU Ya Allah....Tak sangka jua doaku,bacaan kalamullahku & qiam Ramadanku...ditafsir pd suatu sudut berbeza...tiada niat dihati utk riak atau ujub,utk menyatakan diri ini lebih alim dpd insan lain...Sedarkah dia berapa byk deraian air mata kuseka saat kurafakkan doa agar dia sejahtera kerana aku bimbang ttg kesihatannya...sedarkah dia bhw air mata itu bkn air mata pura-pura...sedarkah dia apa maknanya bila namanya disebut dlm doa syahdu yg kubawa sujud disepertiga mlm...mudah-mudahan doaku,bacaan kalamullah itu & qiam Ramadan yg syahdu diterima Allah agar memberi kekuatan buat dia menghadapi ujian Allah..tiada niatku utk mengungkitnya cuma sedarkah dia betapa lukanya hati ini bila dikatakan aku lebih "alim"...& "kita tdk perlu menyatakan semua yg kita buat,tuhan maha mengetahui.."Ya Allah...saat dia sakit & aku tiada upaya menziarahinya...KAU utuskan mimpi buatku bhw ada insan teristimewa dlm hidupku memerlukan bantuan doa...aku sujud di hadapanMU disepertiga mlm Ramadan dgn air mata membasahi sejadah hanya utk mendoakannya...salahkah aku ?Kenapalah apa jua ttg diriku,cacat cela jua yg terbayang di mata? Apalah daya upaya aku utk menghadapi kata-katanya selain berterima kasih dan aku terima kata-katanya...kerana aku tdk mahu hatinya terluka....Alhamdulillah Ya Allah...KAU izinkan jua aku menggagahi bacaan juzuk terakhir...Kalau tdk dikurniakan pahalanya buatku pun tdk mengapa asalkan pahalanya buat insan yg menghadiahkannya kpdku suatu ketika dahulu...Apa jua bingkisan yg kuberikan kpdnya punya kias...tapi aku tidak jua sedar bhw pd Ramadan ke13 ini Allah tlh lebih awal memberikan aku kias...Tahun ini aku tak ambil pun slip bacaan Quran utk tadarus krn cukuplah bagiku bertahun namaku yg dipanggil utk menerima persalinan kerana byk membaca Al-Quran,aku tdk mahu timbul riak mahupun ujub...cukuplah aku membacanya krn Allah dan mohon pahalanya dpt dikirimkan kpd NIAN...ikhlas....tiada niat lain....Tapi bila nama org lain yg disebut oleh pengacara utk menjadi satu-satunya calon tunggal yg menerima persalinan majlis khatam Al-Quran,bukan namaku...semua rakan tiba-tiba shj memandang ke arahku pd mlm itu dan masing-masing angkat kening pdku,apa jawapan yg dpt kuberikan kpd rakan-rakan unit...hanya seulas senyuman ikhlas shj...biarlah apa jua yg kubaca hanya utk NIAN saat kesihatannya tdk stabil...hanya itu shj kias utk aku sentiasa berada di sisinya saat dia sakit kerana aku tdk diizinkan menziarahinya....Aku harap dia tdk akan mentafsirkannya sbg tunjuk alim...nnt aku terluka....Mlm itu aku sekadar memandang shj bingkisan persalinan itu dibawa pergi oleh org lain,dan kutetap tersenyum...Siapalah sangka itulah kias buatku dpdMU Tuhan di bulan Ramadan ini...bhw aku akan kehilangan harta yg terbesar dlm hidupku bila NIAN mengambil keputusan itu. Doaku moga dia akan sentiasa sejahtera dan bahagia di dunia & akhirat di sisi keluarga tersayang & insan tercinta yg Allah pilih buat menemani hidupnya....amin...Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...jaga diri & kesihatannya baik-baik ya... Ampunkan segala dosa-dosa saya yg selama ini byk mengguris luka di hati awak dan keluarga ya...NIAN...Moga-moga ada sinar Syawal yg sudi menemani istiqamah qalbi buat NIAN DI HATI hingga ke hujung nafas hayat ini...amin...Salam sayang & salam rindu...Assalamualaikum...
Posted on: Tue, 06 Aug 2013 02:05:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015