Bismillahirrahmanirrahim... Dunia Yang Penuh - TopicsExpress



          

Bismillahirrahmanirrahim... Dunia Yang Penuh Kepalsuan Mengimbau kenangan yang banyak mengislah kehidupan sebagai manusia yang hidup diakhir zaman.Pelbagai ragam,perangai dan sifat manusia mewarnai lapangan hidup dalam menempuh godaan dan tipuan dunia. Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini terlalu kejam pada yang rakus dan tamak. Zalim bagi yang tidak pernah puas dengan nafsu yang memimpinnya. Ketika status masih penuntut ilmu agama sebagai santri disebuah pondak pesantren di timur tanahair. Kisah ini berlaku sesuai dengan rancangan yang Allah swt tetapkan. Mengajar saya lebih matang dengan kehidupan dunia yang penuh kepalsuan dan penipuan. 15 syaban 2001, masa untuk praktikalkan segala ilmu yang dipelajari selama setahun bersama teman sepondok. Berangkat ke Kuala Lumpur untuk laporkan diri di markas sri petaling. Menaiki bas tranasional bersama jemaah,akhirnya saya lebih memilih untuk duduk dikerusi yang hampir dengan tingkap,dapat melihat panorama malam hari dari kuala terengganu sampai ke ibukota kuala lumpur. Bas bergerak tepat dengan jadual yang ditetapkan. Kerusi penumpang penuh dengan para penumpang yang akan bergerak ke destinasi yang sama. Sebenarnya,sepanjang perjalanan dan kegelapan malam,hanya diterangi kesamaran cahaya bulan, mata saya memerhatikan seorang wanita yang sangat cantik pada pandanganku. Usia lingkungan 20an, dengan kulit putih gebu. Mata yang kebiruan seolah-olah kacukan darah Lubnan. Hidung mancung dan berkening tebal mengalahkan kecantikan artis bollywood. Hati saya berkata, mungkin inilah wanita bidadari dunia. cantik dan menawan, mata yang memandang pasti tersangkut. Uhhhh, sangat bertuah jika lelaki dapat memilikinya. Pasti wanita ini menjadi rebutan dan idaman para jejaka. Dari kesamaran cahaya saya cuba mengintai dan mengamati kecantikan wanita itu. Malam yang panjang jadi begitu singkat bagiku. Akhirnya bas berhenti rehat disatu persinggahan kawasan Maran. Semua penumpang turun untuk menunaikan keperluan masing-masing. Dikesempatan itu,saya cuba memerhatikan wanita cantik tadi. Subhanallah,terkejut dengan apa yang saya lihat. Rupanya bagaikan bidadari yang anggun. Firasatku menyangka inilah wanita paling sempurna didunia. Sebenarnya wanita ini berjalan dengan sepasang tongkat kayu.Sebelah kakinya sudah tidak dapat digunakan. Menumpang hidup dengan tongkat buruk untuk meneruskan kehidupan. Inilah dunia yang penuh dengan kepalsuan dan penipuan. Tiada sempurna melainkan kesempurnaanNya. Saya tertipu dengan dunia. Meneruskan perjalanan,solat subuh di perhentian bas putra berhampiran PWTC. Melihat gelagat warga ibukota yang penuh dengan kemewahan dan kesenangan dapat diceritakan melalui kenderaan canggih disepanjang jalan. Sogo destinasi pertama untuk mencuci mata. Dari kejauhan,saya memerhatikan jejaka yang tampan,segak dan bergaya. Berkasut hitam yang mengkilat,seluar slack hitam dan coat hitam. Tali leher menghiasi kemeja putih dalamnya. Masyallah,untung siapa dapat menantu begini. Bahagia dunia dan akhirat wanita yang menjadi isteri kepadanya. Jejaka ini seperti menunggu sesorang. 10 minit kemudian, orang dinanti akhirnya tiba. Masyallah, sekali lagi saya dilejutkan dengan peristiwa didepan mataku,jejaka ini bertutur dengan temannya dalam bahasa isyarat. Rupa-rupanya mereka dari golongan OKU bisu dan pekak. Ya Robbuna, saya tertipu lagi dengan dunia ini. Hatiku berkata,dunia tiada yang sempurna.Semua palsu dan penipu. Ya allah,selamatkan hambamu dari tipuan dunia sementara ini.Inilah dunia yang menipu..Airmataku mengalir penuh keinsafan melihat kebesaran mu Ya Rob bersambung......... 30/01/2014 mbulahaddatu abul ihsan
Posted on: Sun, 02 Feb 2014 01:01:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015