Buat sahabat di stesen boiler Proses Rawatan Air - TopicsExpress



          

Buat sahabat di stesen boiler Proses Rawatan Air Bersih Rawatan Air Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan. Loji rawatankonvensional meliputi proses-proses berikut: Penyaringan Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar. Pengudaraan Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan. Koagulasi dan Flokulasi Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap. Sedimentasi Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas. Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan Pengapungan Udara Terlarut. Penapisan Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi. Disinfeksi / Pelarasan pH Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda. Tangki Air Jernih Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan. Pengagihan Air Takungan perkhidmatan Tangki Imbangan Stesen Pengepaman Pengagihan Bekalan Air Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan menggunakan graviti ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman kedua akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi tujuan pembekalan air.
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 02:32:21 +0000

Trending Topics



i i
Should we have a problem with Quvenzhane Wallis starring in the

Recently Viewed Topics




© 2015