Buffon ‘nyala api’ Madrid: Kapten Juventus Gianluigi Buffon - TopicsExpress



          

Buffon ‘nyala api’ Madrid: Kapten Juventus Gianluigi Buffon menghangatkan pertembungan dengan Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara di Bernabeu apabila mempertikai polisi perpindahan kelab ‘galactico’ dari Sepanyol itu. Penjaga gol Itali berusia 35 tahun pernah beraksi di bawah bimbingan jurulatih Real yang berasal dari Itali, Carlo Ancelotti ketika turut dibarisi pembantunya Zinedine Zidane percaya Ancelotti mampu menangani tekanan tinggi kelab juara Eropah sembilan kali itu. Bagaimanapun dia menganggap kehadiran pemain terbaik dunia seperti pemain termahal dunia, Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo yang membabitkan kos hampir 200 juta euro (RM867 juta) tidak menjanjikan kejayaan untuk kelab dari Sepanyol itu dalam dunia bola sepak moden. “Falsafah masih sama seperti 10 tahun lalu, membeli pemain terbaik, menggembirakan penyokong dan mengekalkan prestij sejarah Real,” kata Buffon. “Bagaimanapun dalam realiti bola sepak semasa, semua itu belum cukup untuk menjamin kemenangan.” Real membelanjakan lebih 600 juta euro (RM2.6 bilion) untuk membeli pemain sepanjang lima tahun lalu dalam usaha memburu kejuaraan Eropah ke-10 yang dipanggil ‘decima’ di Sepanyol sejak kali terakhir mereka menangi pada 2002. Perbelanjaan itu hampir tiga kali ganda lebih besar berbanding juara Eropah dan Bundesliga, Bayern Munich yang hanya memperuntukkan sebanyak 227 juta euro (RM984 juta), pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City kedua tertinggi dengan bajet 549 juta euro (RM2.3 bilion) manakala perbelanjaan Juve paling banyak berbanding kelab Serie A lain, 274 juta euro (RM1.2 bilion). Real masih dalam proses pembentukan semula pasukan di bawah kendalian Ancelotti yang menggantikan Jose Mourinho hujung musim lalu dan bakal berdepan tugas mencabar pada awal pagi esok menentang juara Itali sebelum membuat perhitungan dalam aksi ‘Clasico’ La Liga, Sabtu ini di Barcelona. Real mungkin layak ke pusingan kedua jika menjinakkan Juve dan kemudian seri satu perlawanan dengan Galatasaray atau Copenhagen. “Jika kami boleh mempamerkan permainan sebenar, kami boleh beraksi dengan tempo permainan yang tinggi, sentiasa memberi tekanan serta menerapkan permainan tersusun,” kata Buffon lagi. -Reuters
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 11:10:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015